Pages

November 12, 2010

akukah tanggang II

Banyak perkara yang hendak ditulis sebenarnya. Tapi memandangkan skill penulisan seperti dizaman persekolahan dulu sudah hilang, saya biarkan perkara-perkara itu kekal dibawah tempurung kepala saja. Mungkin saya dilahirkan untuk tidak menjadi seorang penulis yang bagus.

Saya rasa facebook dan segala macam aplikasinya semakin kurang relevan untuk ditatap lama-lama. Bagi saya la. Dan kepada kenalan-kenalan saya di facebook, tolong jangan menulis perkara yang bukan-bukan di ruangan status kamu. kerana ia akan menjadi bahan sumpah seranah dan caci maki saya. Dan seterusnya meningkatkan jumlah dosa saya yang sudah sedia banyak. Saya ulangi sekali lagi, tolonglah jangan..

Oh ya, saya suka Nancy Sinatra, dan lagu-lagunya

November 10, 2010

akukah tanggang

Hujan maseh turun disini. Kadang lebat kadang renyai. Syukur, disini hanya hujan. Disana lahar panas dan debu tebal. Disini korbannya 4 5 orang, disana ratusan. Disini dipindahkan, disana dikuburkan. Mengapa kamu perlu merungut dengan rahmat tuhan ini. Kamu terlalu manja, dihimpat kemewahan. Teknologi membuat kamu menjadi seorang manusia malas. Aku percaya, jika ketiadaan telefon disisi, kamu bisa bunuh diri. Bodoh.


Keseorangan. Satu lagu menjadi peneman. Diulang-ulang



p/s; sila kesini untuk mendengar cover-cover yang sunggoh beatleful

October 21, 2010

gelengkan kepala, katakan tidak

mereka kata, kamu orang berkuasa
kami angguk, tanda mengiya

mereka kata, kamu pejuang bangsa
kami angguk, tanda mengiya

mereka kata, kamu penegak agama
kami angguk, tanda mengiya

mereka kata, kamu ilmuwan mulia
kami angguk, tanda mengiya

mereka kata, kamu pembela negara
kami angguk, tanda mengiya


beramai-ramai, kami diajar mengangguk
kerana membesarnya kami ini
hanya untuk dijadikan pak turut

October 20, 2010

halwa telinga

Seorang teman mengatakan saya seorang yang jiwang oldies.Saya tidak menidakkan kenyataannya kerana mungkin ada benarnya. saya gemar mendengar lagu-lagu dendangan Tina Turner, Mary Hopkin, Paul Anka, Neil Young dan beberapa lagi. Selain lagu-lagu dendangan The Fab Four, terdapat beberapa lagu yang sering saya ulang dengar. Antaranya ialah-


Goodbye-Mary Hopkin

Bye Bye Baby- Bay City Rollers

Love Story-Andy William

Sonnet-The Verve

Bring My Love-Starsailor

Buruh Tani- Marjinal

Something Happen To Me Yesterday- The Rolling Stone

Sound Of Silent-Simon And Garfunkel

Askar-Wani Ardy

Some Guy Have All The Luck- Rod Stewart

October 18, 2010

buat penageh cinta

saya cintakan kamu

bukan lagi kalimat keramat
atau didengar penuh debar
setelah
carik
robek
remuk
ronyok
penyek
hancur
lebur
punah
pecah
musnah
relai
kecai
hati ini kau kerjakan
aduh, sakitnya bukan kepalang

October 9, 2010

John, kau maseh segar dalam hati-hati kami





JOHN LENNON

(9 Oktober 1940 – 8 Disember 1980)


Jika anda ke google homepage hari ini, pasti anda akan melihat video ini. Video tanda ingatan kepada satu susuk yang begitu dikagumi di planet bumi ini. Ya, hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran John Lennon yang ke-70.

Saya mula mengenal susuk ini semasa berusia 14 tahun. petama kali membaca artikel mengenainya, saya merasa begitu teruja untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan mendalam. karya-karya agungnya saya dengar. artikal-artikalnya, gambar-gambarnya, baju-bajunya. teringat pertama kali saya mendengar karyanya, All My Loving, seharian saya mendengar lagu itu. tanpa jemu. Sehingga kini, saya maseh menyelongkar, mencari khazanah-khazanah tinggalannya.

Dan matinya pada 8 disember 1980 adalah kesedihan buat dunia. Perginya satu jasad didalam hatinya penuh rasa cinta kepada rasa damai, rasa aman, rasa persaudaraan, tanpa mengira warga kulit, tanpa mengira sempadan negara, tanpa mengira agama. rasa cintanya kepada seluruh pelusuk dunia.


John, kamu tidak pernah mati, dalam hati kami, pencinta-pencintamu..

October 7, 2010

mata saya lebam-lebam


hehehe... peduli apa dikata orang, dikata cintan. daripada saya nonton magika, lagi enak saya nonton cerita ini...

September 30, 2010

August 30, 2010

sehari di rumah anak yatim















salute kapada mereka-mereka yang ikhlas mencurahkan bakti di rumah-rumah anak yatim, rumah-rumah orang tua, rumah-rumah kebajikan seluruh dunia

August 23, 2010

taqwa core

azan berkumandang diudara
selimut ditarik hingga kekepala
dan kau meminta-minta
mahu baek-baek belaka
mahu segala sempurna
tidak malukah kau pada-Nya?

August 13, 2010

abbey road T

sehelai baju yang dikirimkan

saya terima dengan sukacita
saya terima dengan gembira
saya terima dengan bahagia
saya terima dengan rasa cinta

terima kaseh

July 30, 2010

kaseh tak sampai




Tak selamanya hidup kita dikelilingi perkara-perkara yang indah sahaja. Dan jika perkara-perkara yang indah itu hadir dalam hidup kita, hargailah...

July 27, 2010

jus jambu dimana-mana dan ada yang rasanya macam cilake

Saya masih menggunakan sistem pesanan ringkas sebagai medium perhubungan yang utama. Dan ya, saya memang kolot.

July 24, 2010

dua minggu untuk selamanya

hai
apa khabar?
sudah makan?
pesanan dihantar

hai
sihat adanya
sudah semuanya
balasan diterima

teruja
mungkin saya, tidak dia
gembira
mungkin saya, tidak dia
bahagia
mungkin saya, tidak dia

kadang tanpa balasan
5,15,30
tunggu sampai suboh
hampa
mungkin saya, tidak dia

mahu jadi yang pertama hantar pesanan
tanda dia sentiasa dalam ingatan
bengkak mata, merah dan lebam
titipkan dahulu, yang lain kemudian

dua minggu untuk segalanya
dua minggu untuk selamanya
teruja gembira bahagia
siksa hampa kecewa

July 22, 2010

membeli sebuah ketawa



Saya baru sahaja menghabiskan bacaan kali kedua novel Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M. Annuar. Mungkin saya agak ketinggalan membaca karya Vovin ini. Saya membeli novel ini semalam di Popular.

Mengapa saya membaca novel ini sebanyak 2 kali? Kerana walaupun saya telah membacanya semalam, namun bacaan kali kedua ini masih mampu membuat saya ketawa. Terbahak-bahak. Dan mungkin bacaan yang seterusnya juga masih mampu membuatkan saya ketawa. Juga dengan terbahak-bahak.

Bagi saya, kekuatan novel ini terletak pada struktur ayat-ayatnya(bukan ayat-ayat cintanya). Ringkas tetapi padu. Cukup mudah untuk difahami dan cukup dekat dengan bahasa pertuturan seharian kita. Tidak terlalu formal. Dibantu dengan kekuatan karektor itu sendiri yang seolah-olah hidup.

Plot novel ini juga mudah difahami. Kisah seorang lelaki yang cuba sedaya upaya memikat hati seorang gadis yang menjadi pujaan hatinya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu dan akhirnya terjebak dengan pelbagai masalah akibat kesilapan sendiri.

Bagi saya, novel ini cukup berbaloi untuk dimiliki.Dizaman yang serba serabut dan menyesakkan kepala ini, ketawa adalah satu ubat yang agak mujarab. Relevan untuk semua lapisan masyarakat. Tiada unsur-unsur kelucahan melampau.hahaha..

Saya memilih Syafizanurrazi Al-Kassimy, novelis terlaris Malaysia yang berasal dari Alor Setar Kedah sebagai watak kegemaran saya. Hahaha.. dan tidak hairanlah novel ini menjadi novel bestseller(jika 1Malaysia sudi membelinya..)hahaha...
Two thumbs up untuk Vovin...

July 19, 2010

I know that it's complicated
But i'm a loser in love so baby
Raise a glass to mend all the broken hearts
Of all my wrecked up friends

I'll never talk again
Oh girl you've left me speechless
You've left me speechless so speechless
And i'll never love again
Oh friend you've left me speechless
You've left me speechless so speechless


speechless by L.Gaga

July 18, 2010

Ujiminda versi 1Malaisia

Semalam, saya dan seorang kawan berasa dahaga. Lalu kami bersepakat untuk pergi ke sebuah kedai yang berdekatan. Seperti biasa, saya memesan segelas neslo, yakni minuman kegemaran saya. Usai meminum air dan mengkekah aisnya, kami mengambil keputusan untuk beredar. Saya membayar RM 1.50 kepada tuan empunya kedai tersebut.

Oleh sebab kebelakangan ini waktu siangnya agak panas, hari ini, kami, yakni saya dan kawan saya berasa dahaga lagi. Lalu, seperti semalam, kami pun kekedai itu lagi, memesan neslo kegemaran saya dan menikmatinya dengan penuh rasa gembira. Tidak lupa juga sedikit rasa kesyukuran.

Seperti biasa, semasa hendak membayarnya, saya menghulurkan sekeping wang kertas bernilai seringgit dan satu syiling 50 sen. Tiba-tiba, si empunya kedai memberitahu yang harga segelas neslo adalah RM1.70. Tanpa bantahan, saya menghulurkan dua keping syiling 10sen kepadanya. Dan kami pun berlalu pergi....


SOALANNYA

1- Berapakah perbezaan harga antara segelas neslo semalam dan segelas neslo hari ini yang diminum oleh saya?

2- Berapa peratuskah kenaikan pelarasan harga yang dilakukan oleh pekedai itu?

3- Purata saya meminum neslo adalah empat kali dalam seminggu, hitungkan kenaikan pelarasan duit yang terpaksa saya keluarkan untuk menikmati segelas neslo dalam sebulan. Sebelum dan selepas kenaikan pelarasan harga.

4- Soalan berteraskan KBKK, apakah rasionalisasi kenaikan pelarasan harga yang dilakukan oleh pekedai tersebut?

July 17, 2010

samad yang malang #1

Ego Samad kian tercabar.Puas dia memikirkan cara untuk memikat si Senah, gadis pujaannya. Telah banyak cara dicuba, satupun tidak berhasil. Jumpa bomoh sahaja belum. Memang liat betol hati si senah. Hati batu. Rungut samad.

Samad musykil sendiri. Selama ini, senang sahaja dia memikat gadis, tetapi bagaimana senah tidah tersangkut dengannya. Kisah samad yang tidak berjaya menawan hati Senah juga telah tersebar kepada kawan-kawannya. Lagi lah terbakar perasaan Samad yang memang terkenal dengan sikap buayanya itu.

"Ini tak boleh jadi ni, aku kena ikthiar cara lain ni. Walau macam mana sekalipun, aku tetap akan memikat si senah tu." Tekad samad

"Mad.. dah pukul berapa ni? tak mandi-mandi lagi budak ni." Tempik makcik Kiah, mematikan terus lamunan samad.....


bersambung(kalau rajin)

July 16, 2010

lelah menunggu
khabar kamu
lalu aku
sama membisu

July 14, 2010

.
.
.
.
.
.
totally lost

July 8, 2010

apa mahumu

mahu yang cantik
mahu yang jelita
mahu yang kaya
mahu yang putih
mahu yang bersih
mahu yang utama
mahu yang pertama
mahu yang gah
mahu yang gagah
mahu yang menyerlah
mahu yang elok
mahu yang cocok
mahu yang suci
mahu yang besar
mahu yang mewah
mahu yang banyak
mahu yang lebih
mahu yang bijak
mahu yang hebat
mahu yang gemerlap
mahu yang canggih
mahu yang moden
mahu yang luas
mahu yang lapang
mahu yang jernih
mahu yang sedap

mahu yang segalanya sempurna
sedang diri banyak celanya...

July 5, 2010

anak kecil maen api

kata orang, jangan bermaen dengan api
kelak memakan diri

oh api, cantiknya engkau
aku ingin bermaen denganmu

June 30, 2010

May 2, 2010

ultralover

perjudikan hidupmu
dengan sedikit kisah bodoh
tentang agungnya cinta
kau kepada dia
lalu kau terbuai
dilamun mimpi yang kononnya indah
didakap kekaseh dimalam gelap
dan dia mengungkap kata
aku cinta padamu(sibodoh)
abdikan dirimu padaku
setialah disisiku selalu
lalu kau mengangguk menurut
katamu
sayangku, aku juga begitu
aku milikmu dan engkau milikku
ini lambang kecintaanku sayang
panas api bukan penghalang
lalu kekaseh itu tertawa(dalam hatinya)
sibodoh sipenagih cinta
selalu tewas mencari cinta

May 1, 2010

stand up

pernah kau rasa kau adalah beban? menyusahkan? tanpa kau, mereka2 akan merasa lebih bahagia. sempurna. pernah kau rasa kau ingin pergi jauh. sejauh mungkin. atau sekurang kurangnya tidak lagi menjadi beban orang2 di sekeliling kau.kau pergi ke satu daerah baru, suasana baru, dan hidup baru..



dan aku dalam situasi itu. beban.sekarang.

dan memulakan langkah pertama itu amatlah susah..

April 29, 2010

negriku, ngeriku...

belasungkawa adik Aminulrasyid Amzah..

March 19, 2010

semoga selamat semuanya, ya..

aku mahu lari dari keriuhan itu
yang penuh umpat dan cela
keji dan hina
biar aku sendiri disini
tanpa teman tapi aman
kerana aku beban
dan bukan pilihan
bukan juga kebanggaan
khabaran dariku adalah petaka
talian dariku adalah bencana
pasti meresah, mengecewa
lalu aku mohon sedikit simpati
rayakanlah kehidupan kamu-kamu
tanpa hiraukan aku disini

March 13, 2010

lara

datang kepadaku
dengan hatimu
jangan cicirkan
ditepian jalan
kerana hati itu
milik aku

March 10, 2010

cik bedah orang bertani
gali tiang telaga dalam
apa sudah duduk begini
tido siang berjaga malam


seloka yang sering dilagukan oleh arwah tok dulu-dulu, kini terkena batang hidung sendiri..

March 5, 2010

23

selamat ultah untuk diri sendiri..

23 tahun yang pertama, masih terumbang ambing
moga-moga 23 yang seterusnya akan lebih stabil

February 25, 2010

akhir cerita

ini pengakhirannya
dibilik gelap dan kosong
bersama malam yang hujan
mengalir jatuh si air mata
mungkin tak berharga

kau merayuku
jangan pergi sayang
engkau masih aku perlukan
tangan kau masih ingin kugenggam
jangan pergi sayang

bukan kerana cinta telah hilang
bukan kerana sayang makin berkurang
bukan kerana kutemui penggantimu sayang
bukan bukan bukan

setebal mana kasihku
sedalam mana sayangku
itu semua belum mampu
untuk bahagiakan kamu

ya
memang aku kalah sebelum berjuang
tetapi untuk apa terus berjuang
kalau sudah ketahu akhirnya
hanya derita dan sengsara

lalu engkau aku lepaskan
biarku berjuang keseorangan
sakitku biar sendirian
ku tak ingin kau rasakan

dan bebaslah engkau
mencari jalan bahagia
yang penuh bintang dan bunga bunga
berkelip berkilau dan bercahaya
dari awal hingga akhirnya

February 24, 2010

bagaimana mahu merayakan kehidupan, jika segalanya kekurangan....





oh ya, aku dah nyahaktifkan facebook

February 21, 2010

Sonnet



aku mula menyukai The Verve dengan lagu ini...

February 17, 2010

RHAPSODY



Ironinya, aku lebih menyukai Luca Turilli daripada Rhapsody sendiri...

serumpun senaseb

MARJINAL-NEGRI NGERI




Lihatlah negeri kita
Yang subur dan kaya raya
Sawah ladang terhampar luas
Samudera biru

Tapi rataplah negeri kita
Yang tinggal hanyalah cerita
Cerita dan cerita, terus cerita…(cerita terus)

Chorus:
Pengangguran merebak luas
Kemiskinan merajalela
Pedagang kaki lima tergusur teraniaya

Bocah-bocah kecil merintih
melangsungkan mimpi di jalanan
Buruh kerap dihadapi penderitaan

Inilah negeri kita
Alamnya kelam tiada berbintang
Dari derita dan derita menderita…(derita terus)

Sampai kapankah derita ini (au-ah)
Yang kaya darah dan air mata
Yang senantiasa mewarnai bumi pertiwi


Dinodai
Dikangkangi
Dikuasai
Dijajah para penguasa rakus

Dinodai
Dikangkangi
Dikuasai
Dijajah para penguasa rakus


bukan kamu sahaja, malah aku juga telah jelek...

February 15, 2010

Bring My Love



Bring My Love. Aku suka lagu ni. dari dulu aku dengar sampai sekarang tak jemu2. lagu ni diperkenalkan oleh cikgu aku mase zaman sekolah menengah dulu.aku mintak tolong dia masukkan lagu2 dalam mp3 aku. first time aku dengar terus aku suke. memang menepati citarasa aku. lagu2 lain dari Starsailor juga best tapi bagi aku , lagu ni terbaik. bagi aku la...

February 13, 2010

hitam= bersih
putih= kotor

hitam= baik
putih= jahat

hitam= hadapan
putih= belakang

hitam= baik
putih= buruk

hitam= maju
putih= mundur

hitam= tenang
putih= kelam

hitam= merdeka
putih= dijajah

hitam= kenang
putih= lupa

hitam= pegang
putih= buang

hitam= suci
putih= jijik

hitam= cinta
putih= sengeta

hitam=kekuatan
putih= kelemahan

January 21, 2010

gender

lelaki = raja
perempuan = hamba

lelaki = suka
perempuan = duka

lelaki = marah
perempuan = resah

lelaki = ketawa
perempuan = hiba

lelaki = rayu
perempuan = layu

lelaki = pujuk
perempuan = tunduk

lelaki = pusing
perempuan = runsing

lelaki = dajal
perempuan = sundal

lelaki = puas
perempuan = hampas

lelaki = tamat
perempuan = merana sepanjang hayat…

January 18, 2010

kau dan aku sama
cuma mimpi bezanya

January 10, 2010

poseur

apabila kami memeperkatakan tentang ITU
lantas kau berkata

oh ITU...
ITU aku tahu
sudah tahu lama dahulu
lebih tahu dari kamu
sudah kuhafal semuanya
semuanya sudah dikepala
kamu tanya apa saja
akan kujawab dengan sempurna
tanya apa saja padaku
kerana aku lebih tahu
lebih tahu dari kamu
tentang ITU

dan dalam hati aku berkata
katamu dusta belaka...

January 7, 2010

rasalah

Pak Menteri
silalah kerumahku
ibuku sedang menunggu
untuk hidangkan kamu
secawan teh tanpa gula
sepotong kueh tanpa rasa
pasti memikat selera

January 6, 2010

guane gu...

tempat orang molek doh
tempat kite tak bruboh
pasoraye ade universiti ade
tempat kite takdok bende
kite nok rase gok pembangunan
dok kang sokmo nok tengok tempat orang
bunyi cakap sedap sangat
bende ning nok wat, bende ning nok wat
manenye hok duk royak dulu
tok napok bende satu
mentang-mentang la kaloh
die wat tok kesoh
bakpe pa jadi gitu
do'oh lalu....


m***r maju dueribulimebelah
kah..kah..kah...

Thank You Girl (part II)

sambungan....

Setiba di NY, dia menginap di Hotel YMCA, block 9 dakota iaitu bangunan biasa Lennon dan kebanyakan artis popular. tiada siapa pedulikannya kerana memang disitu ramai peminat yang ingin menemui artis pujaan masing-masing.

Pada suatu petang, Chapman dengan seorang jurugambar juga peminat Lennon berkesempatan bertemu dengan Lennon dan Yoko Ono. Peluang ini digunakan Chapman untuk mendapatkan autograf Lennon bersama album terbarunya ketika iti 'Double Fantasy'. detik bersejarah itu sempat dirakamkan oleh jurugambar tersebut.

Chapman tidak terus balik. tepat jam 10.50 malam, setibanya Yoko dan Lennon di depan rumahnya, Chapman telah bersedia menunggu dengan melepaskan empat das tembakan. dengan tersebarnya berita itu, seluruh dunia terkejut dan stesen radio di AS telah menghentikan siarannya selain memainkan lagu-lagu dendangan Lennon dan The Beatles. malah radio Britain dan Moscow juga melakukan tindakan serupa.

Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman 'second degree' kepada Chapman serta menjalani ujian 30 hari rawatan jiwa secara intensif. Keseluruhan generasi belia Liverpool tempat lahir Lennon meniru 100% hala cara dan gaya Lennon. Tetapi ada juga yang berfikir bahawa Lennon melahirkan generasi yang tidak jujur, kecewa dan resah gelisah seperti mana lagunya 'Happiness is a warm gun' dan 'Thank you girl'. Lennon seperti menempah akhir hayatnya sendiri dengan karya berhantu!

klise ii

bila uang segala-segalanya
kasih sayang sering dilupa

January 5, 2010

klise

bersenang senang dengan nafsu
hingga lupa tuhan yang satu
muda mudi memang begitu

January 3, 2010

Thank You Girl

benarkah Chapman yang bertanggungjawab membunuh Lennon?
soalan ini nampak tidak munasabah kerana terdapat beberapa saksi yang melihat kejadian pembunuhan tersebut. Mark David Chapman orang yang dituduh tidak juga menafikannya.

soalan pokoknya adalah kenapa? kenapa Chapman yang mengaku menjadi peminat lennon sejak 15 tahun lamanya tergamak membunuh beliau. khabarnya chapman begitu tergoda dengan cara hidup lennon. dia kerap kali menyanyikan lagu-lagu Beatles dengan gitarnya. lencana nama lennon dan yoko ono juga menjadi koleksinya.

selepas berhenti kerja sebagai jaga di Hono Kondominium, dia cuba mendapatkan lesen pistoldari balai polis Honolulu.dia mendapat latihan menembak selaku seorang jaga di sekolah teknikal dimana beliau lulus dengan markah 88 berbandingstatus lulus menembak 60 markah.

oleh kerana tiada rekod jenayah, permohonannya diluluskan. dia kemudiannya membeli sepucuk pistol jenis arms .38 special. dia pulang ke atlanta untuk menemui bapa dan kekasihnya tetapi tidak menduga selepas kecewa tidak bertemu, akhirnya dia muncul di New York....


bersambung....

January 2, 2010

goodbye

salah satu lagu yang diproduce oleh Lennon dan McCartney



Please don't wake me until late tomorrow comes,
And I will not be late.
Late today when it becomes tomorrow.
I will leave to go away.
Goodbye, goodbye, goodbye, goodbye my love goodbye.
Songs that lingered on my lips excite me now
And linger on my mind.
Leave your flowers at my door
I'll leave them for the one who waits behind.
Far away my lover sings a lonely song
And calls me to his side.
When the song of lonely love
Invites me on I must go to his side.
Goodbye, goodbye, goodbye, goodbye my love goodbye.

January 1, 2010

happiness is a warm gun


andai aku hidup sezaman dengan beatles, aku juga akan melakukan apa yang chapman lakukan. biar namaku sentiasa dikaitkan dengan lennon sepanjang zaman...