Pages

July 22, 2010

membeli sebuah ketawa



Saya baru sahaja menghabiskan bacaan kali kedua novel Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M. Annuar. Mungkin saya agak ketinggalan membaca karya Vovin ini. Saya membeli novel ini semalam di Popular.

Mengapa saya membaca novel ini sebanyak 2 kali? Kerana walaupun saya telah membacanya semalam, namun bacaan kali kedua ini masih mampu membuat saya ketawa. Terbahak-bahak. Dan mungkin bacaan yang seterusnya juga masih mampu membuatkan saya ketawa. Juga dengan terbahak-bahak.

Bagi saya, kekuatan novel ini terletak pada struktur ayat-ayatnya(bukan ayat-ayat cintanya). Ringkas tetapi padu. Cukup mudah untuk difahami dan cukup dekat dengan bahasa pertuturan seharian kita. Tidak terlalu formal. Dibantu dengan kekuatan karektor itu sendiri yang seolah-olah hidup.

Plot novel ini juga mudah difahami. Kisah seorang lelaki yang cuba sedaya upaya memikat hati seorang gadis yang menjadi pujaan hatinya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu dan akhirnya terjebak dengan pelbagai masalah akibat kesilapan sendiri.

Bagi saya, novel ini cukup berbaloi untuk dimiliki.Dizaman yang serba serabut dan menyesakkan kepala ini, ketawa adalah satu ubat yang agak mujarab. Relevan untuk semua lapisan masyarakat. Tiada unsur-unsur kelucahan melampau.hahaha..

Saya memilih Syafizanurrazi Al-Kassimy, novelis terlaris Malaysia yang berasal dari Alor Setar Kedah sebagai watak kegemaran saya. Hahaha.. dan tidak hairanlah novel ini menjadi novel bestseller(jika 1Malaysia sudi membelinya..)hahaha...
Two thumbs up untuk Vovin...

1 comment:

Anonymous said...

eMbon mari bangkit semUla....---akuMaells