Pages

December 13, 2011

penunggu

Mimpi yang indah itu tiba-tiba dibunuh oleh rasa yang sebal. Dan bila sebaris kata yang dinanti tak kunjung tiba. Tidurlah...

October 9, 2011

HAPPY71STLENNON

Sehelai artikel yang aku jumpa secara tidak sengaja 10 tahun dahulu rupanya telah banyak mempengaruhi hidup aku. “Magis John Lennon”. Begitulah tajuk artikelnya. Mulai hari itu, aku mula mencari dan mengenal siapa itu John Lennon. Tapi kerana masa itu aku masih di sekolahan, tambahan pula aku tinggal di hostel. Pencarian aku agak terbatas.

Masih diingat, kaset The Beatles yang pertama aku beli berharga RM5.90. Itu pun aku jumpa secara tidak sengaja di bakul lambak disebuah pasaraya bertajuk “The Very Best of The Beatles”. Pada masa itu, jenisan musik yang aku dengar sama seperti rakan-rakan sebaya aku. Bunyi-bunyian balada era 90-an dan juga lagu-lagu rock kapak.
Pertama kali aku mendengar lagu dari kaset itu, aku sudah tertarik. “All My Loving”. Lagu The Beatles pertama yang menjadi siulan aku. Seterusnya, “ Hard Days Night” , “8 Days a Week” dan “ I Want To Hold Your Hand” mengantikan tempat “Memburu Rindu”, “ Antara Gadis” dan “Cinta Pantai Merdeka”.

Di hostel, tiada teman untuk aku berkongsi kisah keterujaan aku. Sehinggalah aku membuka kisah di bilik darjah. Rupa-rupanya salah seorang teman sekelasku juga mendengar dan mempunyai kaset The Beatles. “The Beatles: No 1”, begitulah tajuknya. Dan kaset pun bertukar tangan. Dia menyarankan agar aku mendengar “Yesterday”. Keesokan harinya, aku ditertawakan sekuat-kuatnya. Aku hairan dan bertanya kenapa. Rupa-rupanya kaset kepunyaanku adalah cover album semata-mata. Bukan nyanyian asal The Beatles. Manalah aku tahu. Itu kali pertama aku mendengar lagu-lagu mereka. Cis, bukan suara John Lennon rupanya.

Dan selepas itu, apa saja tentang John Lennon dan The Beatles akan menarik minat aku. Keratan akhbar, artikel, baju, button badge, poster dan kesemuanya. Aku mengenal ROTTW jugak kerana aku terbaca artikel tentang The Beatles di dalamnya. Dan sehingga hari ini, aku mempunyai 14 helai baju The Beatles dalam simpananku.
Dan apabila aku mengenali seorang perempuan yang juga meminati The Beatles, aku jadi cukup teruja. Bagi aku, jenisan musik yang didengar oleh seseorang perempuan itu adalah antara kriteria utama aku mendekatinya. Pengetahuannya tentang The Beatles juga agak luas dan inilah menjadi penggerat kami. Walaupun perkenalan kami agak singkat, hanya kira-kira dua bulan, aku merasakan yang dia adalah antara perempuan terbaek yang pernah hadir dalam hidup aku.

9 Oktober adalah ulangtahun kelahiran John Lennon. Dan jika dia masih hidup, maka hari ini genaplah usianya 71 tahun. Dan tidak dilupa, perempuan itu juga berkongsi tarikh lahir dengan John Lennon, 9 oktober. Akhir kata, happy birthday, both of you.

September 25, 2011

Selamat jalan R.E.M




Masih diingat, hari-hari terakhir berada di universiti, dua buah lagu yang diulang putar. Bittersweet Symphony dari The Verve dan juga Losing My Religion dari R.E.M. Dua buah lagu yang memberi kesan kepada aku. Dan pada masa itu, apa yang aku fikirkan adalah, jalan yang aku ambil bakal meranapkan hati banyak insan.

Mendengar berita yang R.E.M sudah ternoktah,membuatkan aku sedikit hiba. Sudah bubar satu band yang bagus. aku agak terlambat mengenal R.E.M. tapi pabila aku mengenalinya, aku terus jatuh cinta.




R.E.M, terima kaseh kerana telah menghiburkan aku dengan lagu-lagu kamu satu ketika dahulu..

September 20, 2011

circle

Jika malam sudah mimpi aku ngeri
Mungkin malam ini mimpiku sedikit berseri




Ana,kita ketemu lagi...

September 5, 2011

QUEEN

Selamat ulang tahun ke 65 Freddie Mercury. RIP

July 26, 2011

mahadewi bukan milik

Turun dari langit bak bidadari
Gemerlap sinar bagai puteri

Lalu aku yang hina terus memuja
Lalu aku yang hina terus memuja
Lalu aku yang hina terus memuja
Lalu aku yang hina terus memuja
Lalu aku yang hina terus memuja
Lalu aku yang hina tetus memuja
Lalu aku yang hina terus memuja

Telah termaktub bukan milikku
Dan bukanlah

Lalu terpaksa aku pasrah
Maka pasrahlah

Mahadewi bukan milik
Selamanya bukan milik

July 21, 2011

tanpa tajuk

Akulah pahlawan itu
akulah penyelamat bangsaku

berdegar-degar kata dilaung
diulang-ulang, diulang-ulang
enak disofa, kaki bersilng
sekeliling hiburan, hidangan sedulang

bermegah-megah dibumi sendiri
sedang kepala dilempar tahi

kata tinggal kata
kata tinggal kita...

May 14, 2011

entri ini ditulis kerana seseorang dahagakan bahan bacaan dari blog ini

mungkin blog ini sudah dijejaki oleh saudara terdekat aku. tapi tak mengapalah..

seminggu yang penuh warna. setelah sekian lama aku rasakan sekeliling ini hanya ada hitam dan putih. semuanya kerana dia. umpama sebuah prism.dia membiaskan cahaya yang malap menjadi cahaya penuh warna. terima kaseh miss weird.

tapi aku juga kaget bila memikirkan jigsaw puzzle hidup aku makin berselerak dan tidak tersusun. maseh tidak tahu petak yang mana harus dimulakan. yang mana mahu didahulukan dan yang mana mahu dikemudiankan. bercelaru. sedangkan dia sudah mula menyusun jigsaw puzzle hidupnya. dengan tertib.


petang tadi sebelum pulang, kami bersembang. dan topik, semestinya musik. tidak banyak lagi yang boleh aku kongsikan dengan dia. kerana ilmu musik kami sama. tapi satu yang membuatkan aku teruja tadi bila mengetahui dia juga mempunyai dan mendengar lagu i'm in love versi demo. ya, aku teruja hingga menumbuk bahunya. sori ya miss weird, luar kawal.

dia ketawa bila terpandang lagu rela dari inka christie terselit dalam playlist telefon bimbit aku. bagaimana lagu itu boleh termasuk dalam playlist, aku pun tak tahu la. mungkin tinggalan dari zaman penjajah agaknya. tak apalah diketawa pun. boleh nampak lesung pipit dia.

kerana aku dilahirkan bukan untuk menjadi penulis yang bagus, maka aku tamatkan disini saja. sori ye embok, tak panjang mana.

May 11, 2011

em vs em

sudah agak lama, bukan agak lama, memang sudah lama sebenarnya aku tidak berkongsi kisah tentang keterujaan aku terhadap musik, gaya hidup dan perkara-perkara yang aku suka. bukan tidak mahu, tapi ketiadaan susuk yang berkongsi rasa dengan perkara-perkara yang aku suka. ya, dimana mahu dicari manusia aneh seperti aku ini. tambahan pula di daerah yang dipenuhi mat rempit ini.

dan apabila aku ketemu satu susuk yang tahu apa yang aku tahu, mahu tahu apa yang aku mahu tahu, aku rasa bahagia. bukan kerana aku jatuh cinta, tapi kerana aku tidak kesorangan dimuka bumi ini. ya, aku ketemu spesis yang sama genetik dengan aku.

keterujaan aku mula timbul bila mana aku tahu dia juga penggemar lagu-lagu beatles walaupun aku tahu dia tidak sefanatik aku. aku mengenali beatles dengan lagu all my loving dan dia i wanna hold your hand. dari segi citarasa musik, aku merasakan dia jelmaan aku versi hawa.hampir 98 perseratus lagu-lagu yang kami dengar adalah sama.waima, membenci pun lagu-lagu yang sama.aku tanya dia, suka lagu-lagu gaga? dia
cakap, tidak, kecuali satu lagu. aku cakap, speechless. dan dia cakap, yes...

banyak sebenarnya perkara yang aku dan dia berkongsi rasa dan citarasa. tapi disebabkan aku dilahirkan bukan untuk menjadi penulis yang bagus, aku tamatkan disini saja.oh ya, aku kagumi dia. kerana mencari yang tidak tipikal di daerah ini amatlah sukar

typical

sejujurnya. Berbaju kurung dan berkasut converse itu sedari dulu lagi menjadi pilihan aku yang perdana..

April 13, 2011

sudi temankan saya makan?

aku tak ramai kawan. dan aku tak berapa pandai nak bergaul.kalau disekolah dulu, kawan-kawan aku adalah dikalangan mereka-mereka yang sekelas dengan aku. begitu jugak semasa dizaman universiti.kawan-kawan aku adalah mereka-mereka yang berdekatan dengan bilik aku.

kalau kat kampung, time ada kenduri-kendara aku cukup malas.puas mak aku berbuih mulut suruh pergi, baru la aku pergi.tu pun kadang-kadang tak pergi jugak. kesian mak aku.sampai kat tempat kenduri pulak,tercengang-cengang tak tau nak buat apa. jadi la macam pak pandir.

satu lagi aku malas bila ada kenduri kendara ni time nak wat persiapam.bila dah berkumpul ramai-ramai tu, banyak la benda yang nak dibualkan. berbual bab-bab laen aku tak kesah sangat. tapi bila masuk bab berbual pasal kejayaan anak-anak ni aku cukup menyampah.suka sangat duk banding-banding beria. mentang-mentang la anak dia dia berjaya, beria-ria cerita.

bapak sedara aku ada sorang macam tu. dua tiga tahun lepas, result SPM anak dia boleh la dikatakan gempak, habis satu kampung dibagitau.pulak tu, sibuk duk tanya anak orang tu dapat berapa, anak orang ni dapat berapa. baru-baru ni result anak dia yang sorang lagi tak berapa elok, terus senyap je.orang tanya pun nak tak nak je jawab.padan muka. baru dia rasa. nak sangat banding-banding.

orang kata, berkawan biar seribu.bercinta biar satu. tapi bagi aku, berkawan tak ramai takpe.nak watpe kawan ramai-ramai? nak ajak jadi downline skim piramid? bercinta la patutnya kena banyak. baru la senang wat pilihan. ye dak? ahahaha...

April 12, 2011

COUNTESS 1

5 tahun lepas...

"aku bisa membuatmu jatuh cinta kepadaku
meski kau tak cinta kepadaku
beri sedikit waktu biar cinta datang
kerna telah terbiasa"


Berulang kali lagu itu didengar. Tidak jemu-jemu. Setiap patah kata dilagukan bersama. Sungguh mengasyikkan.Dia terbuai bersama alunan indah melodi dan bait-bait kata lagu. Sungguh puitis, sungguh menusuk kalbu. Lagu nyanyian kugiran musik dari seberang itu sungguh memenuhi citarasanya.Dan lagu itu diulang lagi. Dinyanyikan lagi.

Dia begitu eminati kumpulan musik Dewa amnya dan Ahmad Dhani sendiri khasnya. Citarasa musik dan juga ego, kedua-duanya. Kerana fanatiknya dia kepada Dewa,tidak hairanlah dia mendaftar menjasi seorang Baladewa.Hampir semua koleksi lagu-lagu Dewa berada dalam simpanannya.Termasuklah ketika dizaman Ari Lasso menjadi vokalisnya.

Maka penuhlah satu kotak barang peribadi daripada kumpulan Dewa berada dalam simpanannya.Bbaju, poster, risalah, lirik lagu, cakera padat. Dan penuh jugalah playlist MP3nya berisi dengan lagu-lagu dendangan Dewa.

Masa berputar, waktu terus berlalu.Dewa sewmakin jauh dihati. Ahmad Dhani tidak lagi dipeduli.Seiring dengan waktu, seleranya turut berubah.Lagu bertemakan cinta bukan lagi pilihan. Ketemu cinta, jatuh cinta, putus cinta, kecewa kerana cinta, mahu bunoh diri kerana cinta. Ya, seleranya turut berubah seiring dengan kenalnya dia erti hidup.

Dan masa terus berlalu...

April 8, 2011

ditabrak

aku kecelakaan jalan raya. sudah 2 minggu lebih terlantar kat rumah. tak teruk mana tapi seminggu lebih jugak la terbaring je atas katil. kaki agak teruk sikit. mujur muka yang tak hensem ni tak mengalami apa2 kecederaan. kalau tak, makin tambah tak hensem la jawabnya. sebenarnya masa jatuh tu, aku lindung muka aku dengan tangan. mujur aku pakai jaket yang agak tebal. kalau tak, berbirat la tangan aku ni.

aku bukan merempit ok. aku mengamalkan pemanduan yang berhemah. tapi benda dah nak jadi, jadi jugak. malam aku eksiden memang hujan lebat. aku maen redah jugak. dah la aku ni silau. tu yang tereksiden tu. mak aku cakap, masa aku belum sampai rumah tu, memang dia rasa tak sedap hati dah. memang kerisauan dia berasas. naluri seorang ibu memang tinggi.

bila dalam keadaan sakit macam ni, baru la terasa besarnya nikmat kesihatan tubuh badan ni. tu la, masa sihat tak bersyukur. tikar baldu langsung tak berusik. berhabuk. sekarang, baru rasa nak sujud kat tikar baldu tu.

ok la, aku nak sambung baring. sakit kaki.

April 7, 2011

February 17, 2011

thirstday

cis dequadin, cis strepsil, cis woods, cis breacol, cis penadol actifast. langsung tak membantu.

ok, aku batuk teruk. dan demam. mungkin terkena sumpahan si gadis ayu berbaju "saya pemalu" itu. uhuks...


p/s- linkkan blog sendiri di blog sendiri?? ehehehe...

February 15, 2011

kontradiksi

ok, situasinya begini. sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil memasuki sebuah pasaraya.tiada yang luar biasa pada pasangan tersebut jika diperhatikan dari jauh. namum, bila diamati, ada sedikit kelucuan pada pasangan itu. sisuami memakai sehelai baju T cap ayam, maksud aku berjenama cap ayam yang tertera tulisan " diperlukan seorang awek" ???? memakai baju "diperlukan seorang awek" ketika berjalan berpimpingan tangan dengan si isteri?? alah baju je pun.. memang la baju je pun. tapi nampak sangat la tak sesuai dengan keadaannya. ke memang ade niat nak carik awek lagi bang... baek betol isteri abang ye.. nak pulak die jalan berpimpin tangan dengan abang.. ahahaha..

situasi kedua plak begini. seorang awek, muda belia..juga memasuki sebuah pasaraya. bukan pasaraya yang terdapat dalam cerita diatas. pasaraya ini lebih sibuk dan sewanya juga lebih mahal. walaupun kedua-duanya terletak sebelah menyebelah. ahahaha... ok, berbalik kepada gadis itu. tiada yang luar biasa pada gadis tersebut jika diperhatikan dari jauh. sedang- sedang elok orang kata. manis bertudung, berbaju lengan panjang. pendek kata pakaiannya memenuhi tuntutan agamalah.. tapi.. oh, ada tapinya jugak rupanya. bila diperhatikan dengan lebih mendalam, terpampang dibaju tulisan yang berbunyi "i'm shy" bapok besor.. gadis itu tanpa segan silu dan tanpa malu memberitahu orang ramai yang dia tu pemalu.. uhuk.. persoalannya adalah, ade tak ke'kontra'an antara gadis itu dan baju yang dipakainya. ok, senang cite, dia ni sebenarnya pemalu ke jenis tak tahu malu??

February 12, 2011

geng helmet puteh

semalam, sekali lagi perbuatan bodoh secara beramai-ramai dilakukan. aku rasa sekurang-kurangnya sudah 3 kali perbuatan bodoh secara beramai- ramai ini dilakukan sejak bulan lepas.

sejak menteri perdana melancarkan program tu bulan lepas, aku tengok perbuatan menunggang motosikal secara celaka semakin menjadi-jadi. dan aku sehingga hari ini masih tak paham apa motif progran tu diadakan. mengumpul remaja bermotosikal diseruluh pelusok terengganu berhimpun di stadium yang runtuh tu. siap diiringi polis dan ambulans. dirasmikan pulak oleh pemimpin numero uno malaya. dan tak cukup dengan tu, siap dibagi helmet, minyak, makan free plak tu. agak-agaknya berapa juta la peruntukan yang dikeluarkan untuk mengadakan program yang satu sen tak guna tu.sumpah aku tak paham. alangkah baeknya kalau wang tu dibelanjakan untuk program-program yang lebih bermanfaat.

budak-budak mat rempit ni, makin ramai, makin la galok dia. siap diiringi polis yang tak tahan tu. sian aku tengok pakcik-pakcik polis tu senmua. terpaksa mengiringi orang yang slalu menyusahkan kerja dia. dah la hari hujan. nak buat macam mana, dah orang atas yang suroh. terime jela..

oh ya, nampaknya ada seorang follower baru untuk belog ni. hehehe..

February 7, 2011

yap

sudah beberapa minggu aku berada dalam atmosfera baru, dunia baru. juga dikelilingi orang-orang baru. dan majoritinya adalah perempuan. berada di negeri kelahiran sendiri, beberapa perkara begitu merimaskan aku.

paling merimaskan aku adalah gerombolan mat rempit yang bodoh. betul-betul menyusahkan. dan disebabkan lambakan mat rempit ni la, road block di merata-rata. tak kira siang dan malam. dibandar mahupun di kampung. aku bukan ape,kesian kat pakcik polis tu je. aku tak kesah pun,aku termasuk dalam golongan pengguna jalan raya yang bak. ahakks. kesian awek-awek kat sini. muka cantik tapi terpaksa berpakwekan mat rempit.

satu lagi perkara yang merimaskan aku adalah aku dikelilingi oleh orang-orang yang hanya tahu menggunakan kemudahan internet untuk berfesbuk dan beryoutube. asal berinternet je, fesbuk. asal berinternet je, you tube. kemudian setiap kali bersembang je, berintipatikan fesbuk. cubalah pelbagaikan kegunaan internet tu. belek-belek la paper ke, ape ke.. aku bukan ape, bosan sembang dengan mereka. tak berkembang langsung. tak mencabar minda.usahkan nak beli beli surat khabar, orang longgok bagi free pun tak nak ambik. huh.

February 3, 2011

benda yang paling kompleks di atas muka bumi ini adalah perempuan. sunggoh!

January 31, 2011

bittersweet symphony

ada orang, kerjanya banyak, hasilnya kurang
ada orang, kerjanya banyak, hasilnya banyak
ada orang, kerjanya kurang, hasilnya kurang
ada orang, kerjanya kurang, hasilnya banyak
ada orang, kerjanya sekejap, hasilnya kurang
ada orang, kerjanya lama, hasilnya banyak
ada orang, kerjanya sekejap, hasilnya banyak
ada orang, kerjanya lama, hasilnya kurang

aku? kerjanya biasa dan hasilnya juga biasa