“Love is a promise, love is a souvenir, once given, never
forgotten, never let it disappear.”
Selamat ulang tahunJjohn. Terima kaseh kerana sudah banyak
tahun aku terhibur dengan dendangan lagu-lagumu. Tak pernah jemu dan takkan
pernah jemu. Tika dilamun cinta, latarnya adalah lagumu, tika ditinggal
kekaseh, latarnya juga adalah lagumu. Tika semangat memuncak, latarnya maseh
lagumu dan tika putus harap, latarnya juga tetap lagumu.
Kagumku padamu
bukan sedikit, kecintaanku padamu tinggi membukit. Seperti benih-benih cinta
yang engkau sebarkan beberapa dekad yang lalu, sisa-sisanya dapat kukutip dan
aku semai, mekar dan mengharum. Ok,
stop.
“If everyone demanded peace instead of another television
set, then there’d be peace.”
Aku sebenarnya sudah
kekeringan idea untuk menulis tentang John Lennon dan Beatles. Tambahan pulak
sudah lama aku tidak mengarang. Tapi, memandangkan jasanya menghiburkan aku
sudah sekian lama, aku gagahkan jugak untuk menulis seperenggan dua. Orang yang
pernah menggenalku pasti tahu betapa gilanya aku dengan Beatles dan John Lennon itu sendiri.
John, ada seorang
awek cun suruh aku sampaikan wish dia pada kau. Birthday dia sama dengan
birthday kau, bro. apa punya kebetulan la. Aku panggil dia Yoko Ono Jr. dia pun
sama jugak macam aku, penggemar lagu-lagu kau.
John, aku jatuh cinta lagi(hahahaha). Woi, apahal gelak? Aku betul-betul
ni. Aku sudah jatuh cinta sama dia saat pertama kali aku melihat dia. Cewahh..
ya, aku betul-betul maksudkan. Ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Mungkin terlalu
cepat untuk menggatakan aku sudah jatuh cinta, tapi memang itu yang aku rasa.
Mungkin hatinya sudah dimiliki dan mungkin juga tidak. Maseh banyak perkara yang aku belum
ketahui tentang dia. Dan ketidakpastian itu adalah sesuatu yang amat tidak
selesa tapi ketidakpastian itu jugalah yang membuatkan aku rasa teruja. Teruja untuk
mengenal dia dengan lebih dalam.