Pages

December 31, 2009

pentas

zahirkan kasihmu

biar kutahu

cinta milikku

31.12.2009

selamat tinggal 2009
selamat datang 2010

keinginan untuk menulis panjang panjang membuak buak tapi kemahiran mengolah dan membina ayat yang panjang panjang dan menarik semakin hilang. mungkin perlu didrafkan terlebih dahulu. ya, aku makin menyukai kertas kajang dan kertas lukisan. menulis di kertas kelihatan begitu erotik.

try menulis balik

owh, ini blog aku rupenye..

July 12, 2009

notaku padaku

sumpah seranah buat diri sendiri...
bebal, bengap, bodoh, banal...

April 16, 2009

bola..

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini LIVERPOOL kalah. SIALLLLL!!!

diplagiat dr http://gelihati.blogspot.com/

bangunan besar lagi cantik

esok hari jumaat...
.
.
.
.
.
oh tuhan, sudah lama aku tidak pergi ke tempat itu..

March 26, 2009

terup

daun terup..


dicipta bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan...
hahahaha..

March 23, 2009

pergi selamanya

aku sering tergiang-ngiang lagu yang sering didendangkan oleh arwah nenek aku kebelakangan ini. nyanyian yg sering keluar dari mulutnya sewaktu aku masih kecil2 dulu. waktu aku sanggup tido dirumahnya semata-mata untuk mendapatkan upah. sewaktu aku selalu menemaninya ketika berkunjung kerumah saudara mara..

aku sedikit menyesal.. banyak sebenarnya.. semakin aku membesar, aku semakin menjauh darinya. tingkatan 1 hingga tingkatan 6 aku tinggal di asrama. kemudian sambung ke universiti. balik ke kampung pula, aku jarang menjenguknya.. walaupun rumah kami hanya beberapa langkah.. sekadar berbicara dari pintu ke pintu. bila dia ajak aku tidur dirumahnya, bermacam macam alasan yang aku bagi.

dan paling aku sesal, aku tak sempat menemuinya dihari dia pergi untuk selamanya. aku sebenarnya ingin pulang. die ade berpesan kepada adikku, kalau die pergi, tak perlu pulang pun takpe. sekadar membaca yasin dari jauh pun memeadai.. dan aku tunaikan ape yang die pesan.
tok.. amanlah tok disana... amin...

"cik bedah orang bertani,
gali tiang telaga dalam,
apa sudah duduk begini,
tido siang berjaga malam..."

bile...

masih hanyut..
masih dibuai gelombang..




menunggu karam..

March 5, 2009

aduh

dimana maruah terletak?
.
.
.
.
.
.
di dalam sekeping memory card

March 4, 2009

bas no.99, brader liew

kenapa segelintir melayu mudah sangat berpuas sangat berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan. bukan semua, segelintir. mudah rasa selesa dengan kedudukan yang tak seberapa. malas untuk terus maju kedepan.

aku bagi contoh. student melayu student chinese. kalau compare result antara melayu dengan chinese, ibarat langit ngan bumi. student melayu kalau dapat A ok, dapat B ok, dapat C pun ok lagi.tapi kalau student chinese, kalau tak dapat A, maunya meraung 2 3 hari. student melayu rilek je.. siap boleh main terup lagi. takpe, semester depan boleh cuba lagi.. last2, semester depan pun sama jugak. tulah aku cakap, mudah selesa dengan kedudukan yang tak seberapa.tapi tak la semua.. ni pandangan aku sebagai seorang student la..

lagi satu contoh. 2 buah syarikat bas sekolah di kuantan. bas no.99 ngan SAM. syarikat bas no.99 dimiliki oleh cina dan SAM dimiliki oleh melayu. syarikat bas no.99 ni bapak la banyak bas die.. kire besar la jugak. tapi owner die rilek je. naek kete wira je. rumah pun biase2 je. yang SAM ni plak, bas dah la tak seberapa, tapi owner die, perrgghh.. kete besar, motor besar, bini pun nak banyak je..

aku pun hairan.. camne la perkare2 camni wujud.. mengapa mentaliti berbeza. padahal, persekitaran sama, makanan sama.. kenapa melayu kurang kesedaran, kurang jatidiri. same2 la kite kaji...

sekian...

March 3, 2009

dulu bola, sekarang ping pong

mase sekolah rendah dulu, maen bolasepak memang menjadi rutin wajib bagi aku. tak kira hari apa. hari sekolah ke, hari cuti ke.. maen bolasepak ni tidak bermusim. sepanjang tahun. tak seperti permainan lain. ade musimnya.

aku mula aktif bermain bolasepak sejak darjah 3 lagi. bayangkan la, dulu pas abis skolah pagi, ade kelas KAFA waktu petang. kelas start pukul 2.30. kami sampai kat sekolah dalam pukul 2. nak tunggu masuk kelas tu, kami sempat lagi maen bola kat padang. masa matahari duk atas kepala. pakai uniform skolah plak tu. ustazah plak yang kene panggil kat padang untuk masuk kelas. masuk kelas dengan berpeluh peluh, letih.. memang ape yang ustazah ajar satu habuk pun tak paham.. sebab tu la skarang liat sket bab2 agama kot. huhuhu...

mase darjah 5 ngan darjah 6 lagi aktif. masa tu boleh dikatakan dalam sebulan tu mesti ade sekali pertandingan bolasepak. pakat2 dengan membe anjur game. ala, bayar lima posen je sorang. dapat 7 8 team da ok. kalau yang menang tu besenye dapat megi, ais krim pop.. ok la tu, bukan nak hadiah sangat pun, juz hepi mase maen tu je..

aku dulu biase maen posisi wing kiri. keeper pun aku suke gak sebenarnya. tapi sebab kurang yang kidal, jadi aku main wing kiri. tapi kelemahan aku stamina. bab stamina, aku memang fail. maen 4 5 minit da pancit. hahaha.. tak tau la kenapa. nak kata aku ni merokok, tak pulak.

bila masuk sekolah menengah, aku da mula kurang maen bola. maen petang2 juz untuk suka2 je..bila aku pakai spek, lagi la aku jarang maen. aku beralih kearah sukan baru.. ping pong.. aku mula suke ping pong.. dan sekarang aku jadi manager ping pong kat kolej aku..

sekian..

February 27, 2009

siri monolog tentang aku v1

sekarang aku suke menulis tentang zaman inadah kanak2. aku tak tau mengapa. tapi bila menulis tentang masa2 lepas aku, aku rasa gembira, rasa ceria. zaman kanak2 yang penuh nostalgia. mungkin kerana sekarang aku sedang jatuh. rebah..

ya, bila aku sedih, aku serabut,aku suka kenang zaman dulu2. zaman yang tidak menyerabutkan kepala. aku lupakan apa yang berlaku sekarang. kalau aku pikir jugak, kepala aku jadi senak. satu kelemahan aku adalah aku tak suka berdepan dengan masalah. bile aku berdepan dengan masalah, aku lari, hindar. masalah yang asalnya kecik akhirnya jadi besar. makin la serabut. aku tak suke konflik. aku tak suka berdepan dengan pilihan. aku tak suka merancang. aku lebih suka hidup aku berjalan tanpa dirancang.

sebab itu la aku masih tak ade matlamat. aku tak tau apa goal aku. buat je apa yang orang suruh. aku tak suka membantah. walaupun aku tak suka, aku pendam je. aku bulanlah seorang yang pendendam. dan aku tak suka berkongsi masalah dengan orang lain.even keluarga aku sendiri.
aku tak rasa yang berkongsi masalah tu dapat meringankan beban aku.

aku rebah, tapi aku rasa aku boleh lagi bangkit. tapi aku tak tau macam mana nak bangkit. sebab aku takde motivasi dalam diri kot. kurang semangat, kurang azam, takde fokus. ramai yang memberi dorongan, semangat kepada aku tapi langsung tak berkesan pun. die kena yang lahir dari aku sendiri. sebab tu la aku paling menyampah ceramah2, kem2 motivasi ni. bagi aku, bende2 camtu langsung tak bagi manfaat kepada aku. jemputla sape2 pun yang jadi penceramah, kalau dalam diri tu taknak, tak jadi pape jugak.

sekarang aku melalui proses muhasabah diri, mengenal diri. cari ape yang nak dalam hidup sebenarnya. aku tak tau la bila akan jumpa ape yang aku nak. tapi aku akan jumpa la satu hari nanti, walaupun lambat. insyaallah...

sekian....

February 26, 2009

dulu-dulu punya cerita...

masa di sekolah rendah adalah masa yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang bagi aku. lahiriah dan batiah yang stabil. tiada konflik, tiada permasalahan yang rumit-rumit. masa di sekolah rendah aku adalah seorang yang pintar. yup, pintar. dalam peperiksaan sepanjang 6 tahun di sekolah rendah, aku tak pernah dapat nombor bawah daripada 3. jadi tiap tiap tahun aku naek pentas masa hari anugerah cemerlang.

aku juga agak menonjol disekolah. hahaha. tak tau la kenapa. mase darjah 1 aku ade kakak angkat. anak ketua kampung lak tu. siap bagi kad raye lagi. mase tu aku bace pun tak lancar lagi. jadi aku pun suruh la akak aku baca. huhuuhu..

masa darjah 3, aku agak nakal. suke gaduh-gaduh. tapi pakai tangan kosong jela.. takde la sampai pakai kayu ke, batu ke.. aku suke gaduh ngan seorang mamat ni.. hampir tiap hari. budak kampung sebelah. apa pasal ntah. slalunya dia la yang kalah. hahaha.. aku kan kuat.. walaupun tubuh kecik.

darjah 6 paling best. paling tua la katakan. macam sekolah tu kita yang punya. boleh wat pape je. aku memang dikenali ramai. hahaha.. betul.. sukan aku aktif, akademik pun ok. masa darjah 6, ade seorang awek yang jadi kegilaan ramai. anak penghulu. ramai giler yang suke kat die.. aku bese bese je.. huhuhu...die mude setahun tapi dia lompat kelas. die sekelas ngan aku. abang die yang sama umur dengan aku pun sekelas.

banyak betul tektik yang budak budak ni guna untuk ngayat awek ni.. tapi semua tektik budak budak la. ade yang berbaek baek ngan abang die la, ade yang usha rumah die tiap2 petang la.. macam2.. aku rilek je.. tapi aku tau aku yang paling dekat dengan hati die.. hahaha.. betol..
tapi takde kemajuan la. keinginan untuk berpasangan tu masih kurang. sebab tu aku rilek je.hahaha...

banyak lagi sebenarnya moment2 yang best yang boleh dikenang masa zaman kanak2 dulu. nanti kalau aku rajin aku tulis la lagi. aku nak gi mandi lak, da magrib..

sekian..

February 25, 2009

misteri.... nusantara

ini real punye cerita...
aku pernah disorok hantu.. orang kata la...
cerita die begini sebenarnya...

masa kalau tak silap aku, aku darjah 4 tau 5. aku pun ingat ingat lupa.rumah aku bersebelahan dengan rumah nenek aku. pat lima langkah je..rumah aku ni tiang die kire tinggi la jugak. lebih paras kepala aku..kira boleh lepak lepak bawah rumah la. rumah nenek aku plak tiang dia pendek sket. keliling rumah plak letak atap zink.biasa la rumah kampung memang camtu..

nak dijadikan cerita..
satu petang tu aku nyakat adik perempuan aku. dia muda 2 tahun dari aku. nyakat punye nyakat, last2 die nangis. aku wat tak tau je.. sekali ayah aku keluar. belum sampai ayah aku kat luar, aku terus cabut, lari bawah rumah. aku dengar adik aku ngadu kat ayah aku. masalah ni. tak pasal2 kene pelangkung nanti.

aku pun cari tempat nak nyorok. bawah rumah aku memang tak selamat. masa tu lebih kurang pukul 4 petang.. pikir punye pikir, aku rasa lebih baik aku nyorok bawah rumah nenek aku. kat situ memang terlindung. mase aku mule mule nak nyorok tu, ade la seorang sepupu aku nampak. tapi die tak tau pape lagi mase tu.

aku diam2 nyorok bawah rumah nenek aku tu.pukul 5 bawak ke pukul 6. pukul 6 ke pukul 7. pukul 7 tu aku dengar mak aku mule tanya aku gi mane. besenya kalau aku gi main, dekat2 nak magrib tu aku balik la. tapi kali ni tak. diorang pelik la. doirang pun start glabah.mak aku suruh abang aku cari aku. tanye kawan tak tau, gi kat tempat biase maen pun takde. tapi dia tak tanye sepupu aku yang nampak aku tadi.

pukul 8 lebih aku masih tak dijumpai lagi. aku pun pikir mase tu, nak keluar ke tak. aku pilih tak. kenapa ntah. so aku stay la kat situ. yang sepupu aku tadi tu tak tau yang aku ni hilang. dekat dekat pukul 9 kalau tak silap aku, kire semua dah kecoh la.. sepupu aku yang tadi pun tau. die bagitau la yang die nampak aku petang tadi bawah rumah nenek. diorang pun pergi check. tengok2 memang aku ade kat situ. mase jumpe tu aku diam je. takut beb. orang tanye pun aku tak jawab, wat cam pening2 gitu. hahaha... diorang pun mula la wat spekulasi yang bukan2. cakap aku sorok dek hantu la, ape la.. hahaha.. aku still diam je.. cool. huhuhu..

sampai sekarang aku rase diorang tak tau kisah sebenar aku. aku tak pernah cerita kat sape2 pun. kire eksklusif la ni. hahaha...tu la kisah die.. tak menarik mane pun sebenarnya.. bagi korang la. bagi aku, tu semua sebahagian daripada perjalanan hidup aku..

sekian...

aiskrim colek dan satay katok..

dulu mase kecik-kecik, 2 jenis makanan yang jadi fevret aku.
aiskrim colek ngan satay ikan atau satay katok. kat tempat aku panggil camtu. kat lain tak tau la orang panggil ape..

aku memang suke sangat makan aiskrim colek dulu. tiap-tiap hari. balik sekolah, mesti ade pakcik jual aiskrim yang tunggu depan pintu pagar sekolah. harga ade yang seposen, dua posen dan lima posen. ade yang kon, roti kapit atau dalam bekas die.. mase rehat biasenya aku makan bekal yang aku bawak. duit yang mak aku bagi wat beli aiskrim colek.. sambil kayuh basikal sambil jilat... sedap giler. memang tak puas.

ade satu kes tu..
mase tu waktu petang. aku duk kat kedai runcit. pastu ade la pakcik jual aiskrim berenti kat depan rumah sedara aku. name die mat yeh. mat yeh jual aiskrim gune motor.. aku punya la takut matyeh blah, aku speed laju laju balik ke rumah. laju giler aku lari. sampai je kat matyeh tu, aku dengan selambanya cakap''matyeh seposen....'' hahaha.... aku sebenarnya nak cakap''aiskrim seposen...'' merah muke matyeh.. muke aku jugak.. hahaha...

pasal satay ikan plak.. tapi aku panggil satay katok je.. sebab bentuk die buruk giler.. berkedut kedut.. dulu aku memang ketagih satay katok ni.. sedap giler.. dah la seposen je secucuk..satu cucuk tu ade 4 ketul... beli 4 posen memang dan kenyang la... kuah die warne pink.. ade 2 jenis.. yang manis ngan yang pedas.. tapi aku suke kuah campur..
slalu lalu depan rumah pukul 5 petang.. time budak budak tengah syok main. baek punya marketing strategy...

dulu yang jual semuanya orang melayu.. nak makan pun tak rasa was was.. tapi sekarang yang jual tu datang dari mane ntah.. macam macam rupa.. nak beli pun terbantut... tapi kadang kadang kalau teringin, aku beli gak...tapi still tak sama cam dulu.. makan sorang sorang mane bes... makan ramai ramai, walaupun dapat sikit je sorang, bes...

satu persoalan....


bakat bermain gitar..
adakah secara semulajadi atau boleh dipupuk???


dah ade benda alah ni pun masih tak reti reti lagi main...

sedikit tentang saye

aku peminat tegar the beatles. musik dan gaya.
aku tau tidak ramai orang yang seusia dengan aku yang meminati group ini. malah ada yang tidak mengatahui pun kewujudan mereka.

telinga aku mula menyukai dan menggemari bunyi-bunyian dari the beatles semasa aku berada dalam tingkatan 4. first lagu yang aku dengar ialah all my loving. selepas itu aku mula menyelongkar khazanah mereka.. satu persatu.

zaman sekolah memang sukar untuk mencari material dari mereka. mana ada kawan kawan yang minat sama aku. ada yang layan rock kapak, pop leleh, band band indon, nasyid.. tambah plak aku duduk hostel. outing jarang jarang. duit plak tak banyak.. memang agak susah la..

pas abis skolah. aku keje kat supermarket yang yang paling sibuk kat terengganu..hahaha... kat situ aku jumpe sorang minah ni.. selera musik dia agak tinggi gak.. dan suke gak ngan the beatles. kami pun tukar tukar la selera..

masuk U pun aku masih setia dengan the beatles neh. layan terus.. musik lain pun layan la jugak. aku kalau nampak baju the beatles, memang aku sambar.. wajib. tak kesah la made in mane pun. sekarang aku ade 8 helai kot t-shirt die.. hari hari pakai baju the beatles..hahaha..

nie top 5 lagu the beatles yang aku paling suke dengar:-
  1. and i love her
  2. yesterday
  3. the long and winding road
  4. a day in a life
  5. come together
sekian...

cubaan... cubaan.... 1... 2.....

ini cubaan kali yang keberapa entah untuk aku menulis secara konsisten dalam blog..
memang awalnya semangat berkobar kobar.. nak update tiap hari kononnya.. kalau boleh sehari tu posting sampai pat lima kali macam blog tukar tiub tu... pastu yang view plak counternye macam blog catatan pendek dari neraka tu.. komen plak cam blog hilang punca... pergghhh... kuat angan angan.. awal awal je semangat.. pastu takde la.. hangat2 tahi ayam.. hahaha... pastu bosan, delete la.. pastu wat lain plak... ulang bende yang same... tapi aku paling suke blog abdullahjones... sinis dan berilmu...