Pages

February 27, 2009

siri monolog tentang aku v1

sekarang aku suke menulis tentang zaman inadah kanak2. aku tak tau mengapa. tapi bila menulis tentang masa2 lepas aku, aku rasa gembira, rasa ceria. zaman kanak2 yang penuh nostalgia. mungkin kerana sekarang aku sedang jatuh. rebah..

ya, bila aku sedih, aku serabut,aku suka kenang zaman dulu2. zaman yang tidak menyerabutkan kepala. aku lupakan apa yang berlaku sekarang. kalau aku pikir jugak, kepala aku jadi senak. satu kelemahan aku adalah aku tak suka berdepan dengan masalah. bile aku berdepan dengan masalah, aku lari, hindar. masalah yang asalnya kecik akhirnya jadi besar. makin la serabut. aku tak suke konflik. aku tak suka berdepan dengan pilihan. aku tak suka merancang. aku lebih suka hidup aku berjalan tanpa dirancang.

sebab itu la aku masih tak ade matlamat. aku tak tau apa goal aku. buat je apa yang orang suruh. aku tak suka membantah. walaupun aku tak suka, aku pendam je. aku bulanlah seorang yang pendendam. dan aku tak suka berkongsi masalah dengan orang lain.even keluarga aku sendiri.
aku tak rasa yang berkongsi masalah tu dapat meringankan beban aku.

aku rebah, tapi aku rasa aku boleh lagi bangkit. tapi aku tak tau macam mana nak bangkit. sebab aku takde motivasi dalam diri kot. kurang semangat, kurang azam, takde fokus. ramai yang memberi dorongan, semangat kepada aku tapi langsung tak berkesan pun. die kena yang lahir dari aku sendiri. sebab tu la aku paling menyampah ceramah2, kem2 motivasi ni. bagi aku, bende2 camtu langsung tak bagi manfaat kepada aku. jemputla sape2 pun yang jadi penceramah, kalau dalam diri tu taknak, tak jadi pape jugak.

sekarang aku melalui proses muhasabah diri, mengenal diri. cari ape yang nak dalam hidup sebenarnya. aku tak tau la bila akan jumpa ape yang aku nak. tapi aku akan jumpa la satu hari nanti, walaupun lambat. insyaallah...

sekian....

1 comment:

Anonymous said...

pernah dengar pepatah ini, "bukan senang menjadi senang,bukan susah memjadi susah".. hidup ini kalo kite pikikan mudah,ia akan sentiasa menjadi mudah tapi betulkah begitu?pejam mate dan hayati betul2 kehendak kamu... mgkn suatu ari nanti kamu akan menangis sendiri bile mengetahui diri sebenar kamu ini...