Pages

May 14, 2011

entri ini ditulis kerana seseorang dahagakan bahan bacaan dari blog ini

mungkin blog ini sudah dijejaki oleh saudara terdekat aku. tapi tak mengapalah..

seminggu yang penuh warna. setelah sekian lama aku rasakan sekeliling ini hanya ada hitam dan putih. semuanya kerana dia. umpama sebuah prism.dia membiaskan cahaya yang malap menjadi cahaya penuh warna. terima kaseh miss weird.

tapi aku juga kaget bila memikirkan jigsaw puzzle hidup aku makin berselerak dan tidak tersusun. maseh tidak tahu petak yang mana harus dimulakan. yang mana mahu didahulukan dan yang mana mahu dikemudiankan. bercelaru. sedangkan dia sudah mula menyusun jigsaw puzzle hidupnya. dengan tertib.


petang tadi sebelum pulang, kami bersembang. dan topik, semestinya musik. tidak banyak lagi yang boleh aku kongsikan dengan dia. kerana ilmu musik kami sama. tapi satu yang membuatkan aku teruja tadi bila mengetahui dia juga mempunyai dan mendengar lagu i'm in love versi demo. ya, aku teruja hingga menumbuk bahunya. sori ya miss weird, luar kawal.

dia ketawa bila terpandang lagu rela dari inka christie terselit dalam playlist telefon bimbit aku. bagaimana lagu itu boleh termasuk dalam playlist, aku pun tak tahu la. mungkin tinggalan dari zaman penjajah agaknya. tak apalah diketawa pun. boleh nampak lesung pipit dia.

kerana aku dilahirkan bukan untuk menjadi penulis yang bagus, maka aku tamatkan disini saja. sori ye embok, tak panjang mana.

May 11, 2011

em vs em

sudah agak lama, bukan agak lama, memang sudah lama sebenarnya aku tidak berkongsi kisah tentang keterujaan aku terhadap musik, gaya hidup dan perkara-perkara yang aku suka. bukan tidak mahu, tapi ketiadaan susuk yang berkongsi rasa dengan perkara-perkara yang aku suka. ya, dimana mahu dicari manusia aneh seperti aku ini. tambahan pula di daerah yang dipenuhi mat rempit ini.

dan apabila aku ketemu satu susuk yang tahu apa yang aku tahu, mahu tahu apa yang aku mahu tahu, aku rasa bahagia. bukan kerana aku jatuh cinta, tapi kerana aku tidak kesorangan dimuka bumi ini. ya, aku ketemu spesis yang sama genetik dengan aku.

keterujaan aku mula timbul bila mana aku tahu dia juga penggemar lagu-lagu beatles walaupun aku tahu dia tidak sefanatik aku. aku mengenali beatles dengan lagu all my loving dan dia i wanna hold your hand. dari segi citarasa musik, aku merasakan dia jelmaan aku versi hawa.hampir 98 perseratus lagu-lagu yang kami dengar adalah sama.waima, membenci pun lagu-lagu yang sama.aku tanya dia, suka lagu-lagu gaga? dia
cakap, tidak, kecuali satu lagu. aku cakap, speechless. dan dia cakap, yes...

banyak sebenarnya perkara yang aku dan dia berkongsi rasa dan citarasa. tapi disebabkan aku dilahirkan bukan untuk menjadi penulis yang bagus, aku tamatkan disini saja.oh ya, aku kagumi dia. kerana mencari yang tidak tipikal di daerah ini amatlah sukar

typical

sejujurnya. Berbaju kurung dan berkasut converse itu sedari dulu lagi menjadi pilihan aku yang perdana..