Pages

October 9, 2011

HAPPY71STLENNON

Sehelai artikel yang aku jumpa secara tidak sengaja 10 tahun dahulu rupanya telah banyak mempengaruhi hidup aku. “Magis John Lennon”. Begitulah tajuk artikelnya. Mulai hari itu, aku mula mencari dan mengenal siapa itu John Lennon. Tapi kerana masa itu aku masih di sekolahan, tambahan pula aku tinggal di hostel. Pencarian aku agak terbatas.

Masih diingat, kaset The Beatles yang pertama aku beli berharga RM5.90. Itu pun aku jumpa secara tidak sengaja di bakul lambak disebuah pasaraya bertajuk “The Very Best of The Beatles”. Pada masa itu, jenisan musik yang aku dengar sama seperti rakan-rakan sebaya aku. Bunyi-bunyian balada era 90-an dan juga lagu-lagu rock kapak.
Pertama kali aku mendengar lagu dari kaset itu, aku sudah tertarik. “All My Loving”. Lagu The Beatles pertama yang menjadi siulan aku. Seterusnya, “ Hard Days Night” , “8 Days a Week” dan “ I Want To Hold Your Hand” mengantikan tempat “Memburu Rindu”, “ Antara Gadis” dan “Cinta Pantai Merdeka”.

Di hostel, tiada teman untuk aku berkongsi kisah keterujaan aku. Sehinggalah aku membuka kisah di bilik darjah. Rupa-rupanya salah seorang teman sekelasku juga mendengar dan mempunyai kaset The Beatles. “The Beatles: No 1”, begitulah tajuknya. Dan kaset pun bertukar tangan. Dia menyarankan agar aku mendengar “Yesterday”. Keesokan harinya, aku ditertawakan sekuat-kuatnya. Aku hairan dan bertanya kenapa. Rupa-rupanya kaset kepunyaanku adalah cover album semata-mata. Bukan nyanyian asal The Beatles. Manalah aku tahu. Itu kali pertama aku mendengar lagu-lagu mereka. Cis, bukan suara John Lennon rupanya.

Dan selepas itu, apa saja tentang John Lennon dan The Beatles akan menarik minat aku. Keratan akhbar, artikel, baju, button badge, poster dan kesemuanya. Aku mengenal ROTTW jugak kerana aku terbaca artikel tentang The Beatles di dalamnya. Dan sehingga hari ini, aku mempunyai 14 helai baju The Beatles dalam simpananku.
Dan apabila aku mengenali seorang perempuan yang juga meminati The Beatles, aku jadi cukup teruja. Bagi aku, jenisan musik yang didengar oleh seseorang perempuan itu adalah antara kriteria utama aku mendekatinya. Pengetahuannya tentang The Beatles juga agak luas dan inilah menjadi penggerat kami. Walaupun perkenalan kami agak singkat, hanya kira-kira dua bulan, aku merasakan yang dia adalah antara perempuan terbaek yang pernah hadir dalam hidup aku.

9 Oktober adalah ulangtahun kelahiran John Lennon. Dan jika dia masih hidup, maka hari ini genaplah usianya 71 tahun. Dan tidak dilupa, perempuan itu juga berkongsi tarikh lahir dengan John Lennon, 9 oktober. Akhir kata, happy birthday, both of you.