Pages

July 30, 2010

kaseh tak sampai




Tak selamanya hidup kita dikelilingi perkara-perkara yang indah sahaja. Dan jika perkara-perkara yang indah itu hadir dalam hidup kita, hargailah...

July 27, 2010

jus jambu dimana-mana dan ada yang rasanya macam cilake

Saya masih menggunakan sistem pesanan ringkas sebagai medium perhubungan yang utama. Dan ya, saya memang kolot.

July 24, 2010

dua minggu untuk selamanya

hai
apa khabar?
sudah makan?
pesanan dihantar

hai
sihat adanya
sudah semuanya
balasan diterima

teruja
mungkin saya, tidak dia
gembira
mungkin saya, tidak dia
bahagia
mungkin saya, tidak dia

kadang tanpa balasan
5,15,30
tunggu sampai suboh
hampa
mungkin saya, tidak dia

mahu jadi yang pertama hantar pesanan
tanda dia sentiasa dalam ingatan
bengkak mata, merah dan lebam
titipkan dahulu, yang lain kemudian

dua minggu untuk segalanya
dua minggu untuk selamanya
teruja gembira bahagia
siksa hampa kecewa

July 22, 2010

membeli sebuah ketawa



Saya baru sahaja menghabiskan bacaan kali kedua novel Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M. Annuar. Mungkin saya agak ketinggalan membaca karya Vovin ini. Saya membeli novel ini semalam di Popular.

Mengapa saya membaca novel ini sebanyak 2 kali? Kerana walaupun saya telah membacanya semalam, namun bacaan kali kedua ini masih mampu membuat saya ketawa. Terbahak-bahak. Dan mungkin bacaan yang seterusnya juga masih mampu membuatkan saya ketawa. Juga dengan terbahak-bahak.

Bagi saya, kekuatan novel ini terletak pada struktur ayat-ayatnya(bukan ayat-ayat cintanya). Ringkas tetapi padu. Cukup mudah untuk difahami dan cukup dekat dengan bahasa pertuturan seharian kita. Tidak terlalu formal. Dibantu dengan kekuatan karektor itu sendiri yang seolah-olah hidup.

Plot novel ini juga mudah difahami. Kisah seorang lelaki yang cuba sedaya upaya memikat hati seorang gadis yang menjadi pujaan hatinya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu dan akhirnya terjebak dengan pelbagai masalah akibat kesilapan sendiri.

Bagi saya, novel ini cukup berbaloi untuk dimiliki.Dizaman yang serba serabut dan menyesakkan kepala ini, ketawa adalah satu ubat yang agak mujarab. Relevan untuk semua lapisan masyarakat. Tiada unsur-unsur kelucahan melampau.hahaha..

Saya memilih Syafizanurrazi Al-Kassimy, novelis terlaris Malaysia yang berasal dari Alor Setar Kedah sebagai watak kegemaran saya. Hahaha.. dan tidak hairanlah novel ini menjadi novel bestseller(jika 1Malaysia sudi membelinya..)hahaha...
Two thumbs up untuk Vovin...

July 19, 2010

I know that it's complicated
But i'm a loser in love so baby
Raise a glass to mend all the broken hearts
Of all my wrecked up friends

I'll never talk again
Oh girl you've left me speechless
You've left me speechless so speechless
And i'll never love again
Oh friend you've left me speechless
You've left me speechless so speechless


speechless by L.Gaga

July 18, 2010

Ujiminda versi 1Malaisia

Semalam, saya dan seorang kawan berasa dahaga. Lalu kami bersepakat untuk pergi ke sebuah kedai yang berdekatan. Seperti biasa, saya memesan segelas neslo, yakni minuman kegemaran saya. Usai meminum air dan mengkekah aisnya, kami mengambil keputusan untuk beredar. Saya membayar RM 1.50 kepada tuan empunya kedai tersebut.

Oleh sebab kebelakangan ini waktu siangnya agak panas, hari ini, kami, yakni saya dan kawan saya berasa dahaga lagi. Lalu, seperti semalam, kami pun kekedai itu lagi, memesan neslo kegemaran saya dan menikmatinya dengan penuh rasa gembira. Tidak lupa juga sedikit rasa kesyukuran.

Seperti biasa, semasa hendak membayarnya, saya menghulurkan sekeping wang kertas bernilai seringgit dan satu syiling 50 sen. Tiba-tiba, si empunya kedai memberitahu yang harga segelas neslo adalah RM1.70. Tanpa bantahan, saya menghulurkan dua keping syiling 10sen kepadanya. Dan kami pun berlalu pergi....


SOALANNYA

1- Berapakah perbezaan harga antara segelas neslo semalam dan segelas neslo hari ini yang diminum oleh saya?

2- Berapa peratuskah kenaikan pelarasan harga yang dilakukan oleh pekedai itu?

3- Purata saya meminum neslo adalah empat kali dalam seminggu, hitungkan kenaikan pelarasan duit yang terpaksa saya keluarkan untuk menikmati segelas neslo dalam sebulan. Sebelum dan selepas kenaikan pelarasan harga.

4- Soalan berteraskan KBKK, apakah rasionalisasi kenaikan pelarasan harga yang dilakukan oleh pekedai tersebut?

July 17, 2010

samad yang malang #1

Ego Samad kian tercabar.Puas dia memikirkan cara untuk memikat si Senah, gadis pujaannya. Telah banyak cara dicuba, satupun tidak berhasil. Jumpa bomoh sahaja belum. Memang liat betol hati si senah. Hati batu. Rungut samad.

Samad musykil sendiri. Selama ini, senang sahaja dia memikat gadis, tetapi bagaimana senah tidah tersangkut dengannya. Kisah samad yang tidak berjaya menawan hati Senah juga telah tersebar kepada kawan-kawannya. Lagi lah terbakar perasaan Samad yang memang terkenal dengan sikap buayanya itu.

"Ini tak boleh jadi ni, aku kena ikthiar cara lain ni. Walau macam mana sekalipun, aku tetap akan memikat si senah tu." Tekad samad

"Mad.. dah pukul berapa ni? tak mandi-mandi lagi budak ni." Tempik makcik Kiah, mematikan terus lamunan samad.....


bersambung(kalau rajin)

July 16, 2010

lelah menunggu
khabar kamu
lalu aku
sama membisu

July 14, 2010

.
.
.
.
.
.
totally lost

July 8, 2010

apa mahumu

mahu yang cantik
mahu yang jelita
mahu yang kaya
mahu yang putih
mahu yang bersih
mahu yang utama
mahu yang pertama
mahu yang gah
mahu yang gagah
mahu yang menyerlah
mahu yang elok
mahu yang cocok
mahu yang suci
mahu yang besar
mahu yang mewah
mahu yang banyak
mahu yang lebih
mahu yang bijak
mahu yang hebat
mahu yang gemerlap
mahu yang canggih
mahu yang moden
mahu yang luas
mahu yang lapang
mahu yang jernih
mahu yang sedap

mahu yang segalanya sempurna
sedang diri banyak celanya...

July 5, 2010

anak kecil maen api

kata orang, jangan bermaen dengan api
kelak memakan diri

oh api, cantiknya engkau
aku ingin bermaen denganmu