Pages

July 18, 2010

Ujiminda versi 1Malaisia

Semalam, saya dan seorang kawan berasa dahaga. Lalu kami bersepakat untuk pergi ke sebuah kedai yang berdekatan. Seperti biasa, saya memesan segelas neslo, yakni minuman kegemaran saya. Usai meminum air dan mengkekah aisnya, kami mengambil keputusan untuk beredar. Saya membayar RM 1.50 kepada tuan empunya kedai tersebut.

Oleh sebab kebelakangan ini waktu siangnya agak panas, hari ini, kami, yakni saya dan kawan saya berasa dahaga lagi. Lalu, seperti semalam, kami pun kekedai itu lagi, memesan neslo kegemaran saya dan menikmatinya dengan penuh rasa gembira. Tidak lupa juga sedikit rasa kesyukuran.

Seperti biasa, semasa hendak membayarnya, saya menghulurkan sekeping wang kertas bernilai seringgit dan satu syiling 50 sen. Tiba-tiba, si empunya kedai memberitahu yang harga segelas neslo adalah RM1.70. Tanpa bantahan, saya menghulurkan dua keping syiling 10sen kepadanya. Dan kami pun berlalu pergi....


SOALANNYA

1- Berapakah perbezaan harga antara segelas neslo semalam dan segelas neslo hari ini yang diminum oleh saya?

2- Berapa peratuskah kenaikan pelarasan harga yang dilakukan oleh pekedai itu?

3- Purata saya meminum neslo adalah empat kali dalam seminggu, hitungkan kenaikan pelarasan duit yang terpaksa saya keluarkan untuk menikmati segelas neslo dalam sebulan. Sebelum dan selepas kenaikan pelarasan harga.

4- Soalan berteraskan KBKK, apakah rasionalisasi kenaikan pelarasan harga yang dilakukan oleh pekedai tersebut?

No comments: