Pages

October 9, 2012

SELAMAT ULTAH JOHN




“Love is a promise, love is a souvenir, once given, never forgotten, never let it disappear.”

Selamat ulang tahunJjohn. Terima kaseh kerana sudah banyak tahun aku terhibur dengan dendangan lagu-lagumu. Tak pernah jemu dan takkan pernah jemu. Tika dilamun cinta, latarnya adalah lagumu, tika ditinggal kekaseh, latarnya juga adalah lagumu. Tika semangat memuncak, latarnya maseh lagumu dan tika putus harap, latarnya juga tetap lagumu.

Kagumku padamu bukan sedikit, kecintaanku padamu tinggi membukit. Seperti benih-benih cinta yang engkau sebarkan beberapa dekad yang lalu, sisa-sisanya dapat kukutip dan aku semai, mekar dan mengharum.  Ok, stop.



“If everyone demanded peace instead of another television set, then there’d be peace.”

 Aku sebenarnya sudah kekeringan idea untuk menulis tentang John Lennon dan Beatles. Tambahan pulak sudah lama aku tidak mengarang. Tapi, memandangkan jasanya menghiburkan aku sudah sekian lama, aku gagahkan jugak untuk menulis seperenggan dua. Orang yang pernah menggenalku pasti tahu betapa gilanya aku dengan  Beatles dan John Lennon itu sendiri.

John, ada seorang awek cun suruh aku sampaikan wish dia pada kau. Birthday dia sama dengan birthday kau, bro. apa punya kebetulan la. Aku panggil dia Yoko Ono Jr. dia pun sama jugak macam aku, penggemar lagu-lagu kau.

John, aku jatuh cinta lagi(hahahaha). Woi, apahal gelak? Aku betul-betul ni. Aku sudah jatuh cinta sama dia saat pertama kali aku melihat dia. Cewahh.. ya, aku betul-betul maksudkan. Ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Mungkin terlalu cepat untuk menggatakan aku sudah jatuh cinta, tapi memang itu yang aku rasa.

Mungkin hatinya sudah dimiliki dan mungkin juga  tidak. Maseh banyak perkara yang aku belum ketahui tentang dia. Dan ketidakpastian itu adalah sesuatu yang amat tidak selesa tapi ketidakpastian itu jugalah yang membuatkan aku rasa teruja. Teruja untuk mengenal dia dengan lebih dalam.

John, dan juga Embok, selamat ulang tahun. Dan buat gadis bootcut, saya sudah jatuh cinta.



September 9, 2012

100

Cuba untuk seimbangkan dunia dan selepasnya.

Tuhan tolong, jangan hanya ini tinggal kata.

March 13, 2012

Adik Nurul Nadirah Binti Abdullah.Berusia 5 tahun. Dilaporkan hilang pada 1 Mac. Ditemui mati dalam keadaan rentung di sebuah ladang kelapa sawit.

Di news feed facebookku, tak ada seorang pun dalam kalangan teman-temanku yang menyentuh tentang peristiwa ini. Entah manusia bagaimana yang mengelilingiku selama ini. tidakkah terdetik sedikit rasa pilu dengan cara pemergian adik ini yang sungguh tragik atau menitipkan sepotong doa dan al-fatihah.

Dan tika surat khabar penuh dengan berita jenayah dan kekejaman, kita bersorok gembira mengetahui negara menduduki tangga pertama asia tenggara, dan ke-19 dunia, negara paling selamat diduduki. Negriku,ngeriku..

Al-Fatihah untuk adik Nurul Nadirah binti Abdullah. Tenanglah rohmu disana..

February 11, 2012

Selamat datang dunia baru. Sudah sedia untuk kesakitan lagi?


Published with Blogger-droid v2.0.4

December 13, 2011

penunggu

Mimpi yang indah itu tiba-tiba dibunuh oleh rasa yang sebal. Dan bila sebaris kata yang dinanti tak kunjung tiba. Tidurlah...