Pages

March 19, 2010

semoga selamat semuanya, ya..

aku mahu lari dari keriuhan itu
yang penuh umpat dan cela
keji dan hina
biar aku sendiri disini
tanpa teman tapi aman
kerana aku beban
dan bukan pilihan
bukan juga kebanggaan
khabaran dariku adalah petaka
talian dariku adalah bencana
pasti meresah, mengecewa
lalu aku mohon sedikit simpati
rayakanlah kehidupan kamu-kamu
tanpa hiraukan aku disini

March 13, 2010

lara

datang kepadaku
dengan hatimu
jangan cicirkan
ditepian jalan
kerana hati itu
milik aku

March 10, 2010

cik bedah orang bertani
gali tiang telaga dalam
apa sudah duduk begini
tido siang berjaga malam


seloka yang sering dilagukan oleh arwah tok dulu-dulu, kini terkena batang hidung sendiri..

March 5, 2010

23

selamat ultah untuk diri sendiri..

23 tahun yang pertama, masih terumbang ambing
moga-moga 23 yang seterusnya akan lebih stabil