Pages

April 12, 2011

COUNTESS 1

5 tahun lepas...

"aku bisa membuatmu jatuh cinta kepadaku
meski kau tak cinta kepadaku
beri sedikit waktu biar cinta datang
kerna telah terbiasa"


Berulang kali lagu itu didengar. Tidak jemu-jemu. Setiap patah kata dilagukan bersama. Sungguh mengasyikkan.Dia terbuai bersama alunan indah melodi dan bait-bait kata lagu. Sungguh puitis, sungguh menusuk kalbu. Lagu nyanyian kugiran musik dari seberang itu sungguh memenuhi citarasanya.Dan lagu itu diulang lagi. Dinyanyikan lagi.

Dia begitu eminati kumpulan musik Dewa amnya dan Ahmad Dhani sendiri khasnya. Citarasa musik dan juga ego, kedua-duanya. Kerana fanatiknya dia kepada Dewa,tidak hairanlah dia mendaftar menjasi seorang Baladewa.Hampir semua koleksi lagu-lagu Dewa berada dalam simpanannya.Termasuklah ketika dizaman Ari Lasso menjadi vokalisnya.

Maka penuhlah satu kotak barang peribadi daripada kumpulan Dewa berada dalam simpanannya.Bbaju, poster, risalah, lirik lagu, cakera padat. Dan penuh jugalah playlist MP3nya berisi dengan lagu-lagu dendangan Dewa.

Masa berputar, waktu terus berlalu.Dewa sewmakin jauh dihati. Ahmad Dhani tidak lagi dipeduli.Seiring dengan waktu, seleranya turut berubah.Lagu bertemakan cinta bukan lagi pilihan. Ketemu cinta, jatuh cinta, putus cinta, kecewa kerana cinta, mahu bunoh diri kerana cinta. Ya, seleranya turut berubah seiring dengan kenalnya dia erti hidup.

Dan masa terus berlalu...

1 comment:

Anonymous said...

Rugi. Rugi diri, rugi jiwa, rugi rasa. Tak seharusnya Dewa lapuk dek zaman. Anak anak sekarang, citarasa mana nak sama dengan orang lama. Bangkitlah pakcik! Biar masa terus berlalu, jangan Dewa dibiar jadi abu. Kotak di bawah katil tu, jangan dibiar berhabuk, jangan dibiar lelabah bersarang. Buka, dengar, rasa, dan biar diri hanyut dalam arus nostalgia. Okay? :)

p/s : Lagu cinta bukan untuk orang bercinta je. Solo pun boleh apa? Selamat menjadi promoter handphone! :)