Pages

January 6, 2010

Thank You Girl (part II)

sambungan....

Setiba di NY, dia menginap di Hotel YMCA, block 9 dakota iaitu bangunan biasa Lennon dan kebanyakan artis popular. tiada siapa pedulikannya kerana memang disitu ramai peminat yang ingin menemui artis pujaan masing-masing.

Pada suatu petang, Chapman dengan seorang jurugambar juga peminat Lennon berkesempatan bertemu dengan Lennon dan Yoko Ono. Peluang ini digunakan Chapman untuk mendapatkan autograf Lennon bersama album terbarunya ketika iti 'Double Fantasy'. detik bersejarah itu sempat dirakamkan oleh jurugambar tersebut.

Chapman tidak terus balik. tepat jam 10.50 malam, setibanya Yoko dan Lennon di depan rumahnya, Chapman telah bersedia menunggu dengan melepaskan empat das tembakan. dengan tersebarnya berita itu, seluruh dunia terkejut dan stesen radio di AS telah menghentikan siarannya selain memainkan lagu-lagu dendangan Lennon dan The Beatles. malah radio Britain dan Moscow juga melakukan tindakan serupa.

Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman 'second degree' kepada Chapman serta menjalani ujian 30 hari rawatan jiwa secara intensif. Keseluruhan generasi belia Liverpool tempat lahir Lennon meniru 100% hala cara dan gaya Lennon. Tetapi ada juga yang berfikir bahawa Lennon melahirkan generasi yang tidak jujur, kecewa dan resah gelisah seperti mana lagunya 'Happiness is a warm gun' dan 'Thank you girl'. Lennon seperti menempah akhir hayatnya sendiri dengan karya berhantu!

1 comment:

Anonymous said...

menarik..