Pages

February 25, 2010

akhir cerita

ini pengakhirannya
dibilik gelap dan kosong
bersama malam yang hujan
mengalir jatuh si air mata
mungkin tak berharga

kau merayuku
jangan pergi sayang
engkau masih aku perlukan
tangan kau masih ingin kugenggam
jangan pergi sayang

bukan kerana cinta telah hilang
bukan kerana sayang makin berkurang
bukan kerana kutemui penggantimu sayang
bukan bukan bukan

setebal mana kasihku
sedalam mana sayangku
itu semua belum mampu
untuk bahagiakan kamu

ya
memang aku kalah sebelum berjuang
tetapi untuk apa terus berjuang
kalau sudah ketahu akhirnya
hanya derita dan sengsara

lalu engkau aku lepaskan
biarku berjuang keseorangan
sakitku biar sendirian
ku tak ingin kau rasakan

dan bebaslah engkau
mencari jalan bahagia
yang penuh bintang dan bunga bunga
berkelip berkilau dan bercahaya
dari awal hingga akhirnya

2 comments:

Anonymous said...

iloveu

Tun Af'fi Sofyan said...

beruntungnya dia itu. :)