Pages

October 21, 2010

gelengkan kepala, katakan tidak

mereka kata, kamu orang berkuasa
kami angguk, tanda mengiya

mereka kata, kamu pejuang bangsa
kami angguk, tanda mengiya

mereka kata, kamu penegak agama
kami angguk, tanda mengiya

mereka kata, kamu ilmuwan mulia
kami angguk, tanda mengiya

mereka kata, kamu pembela negara
kami angguk, tanda mengiya


beramai-ramai, kami diajar mengangguk
kerana membesarnya kami ini
hanya untuk dijadikan pak turut