Pages

October 9, 2010

John, kau maseh segar dalam hati-hati kami





JOHN LENNON

(9 Oktober 1940 – 8 Disember 1980)


Jika anda ke google homepage hari ini, pasti anda akan melihat video ini. Video tanda ingatan kepada satu susuk yang begitu dikagumi di planet bumi ini. Ya, hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran John Lennon yang ke-70.

Saya mula mengenal susuk ini semasa berusia 14 tahun. petama kali membaca artikel mengenainya, saya merasa begitu teruja untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan mendalam. karya-karya agungnya saya dengar. artikal-artikalnya, gambar-gambarnya, baju-bajunya. teringat pertama kali saya mendengar karyanya, All My Loving, seharian saya mendengar lagu itu. tanpa jemu. Sehingga kini, saya maseh menyelongkar, mencari khazanah-khazanah tinggalannya.

Dan matinya pada 8 disember 1980 adalah kesedihan buat dunia. Perginya satu jasad didalam hatinya penuh rasa cinta kepada rasa damai, rasa aman, rasa persaudaraan, tanpa mengira warga kulit, tanpa mengira sempadan negara, tanpa mengira agama. rasa cintanya kepada seluruh pelusuk dunia.


John, kamu tidak pernah mati, dalam hati kami, pencinta-pencintamu..

1 comment:

kenal tapi buat-buat tak kenal said...

Wuish birthday sama! I love you, John Lennon! RIP :)