Pages

January 3, 2010

Thank You Girl

benarkah Chapman yang bertanggungjawab membunuh Lennon?
soalan ini nampak tidak munasabah kerana terdapat beberapa saksi yang melihat kejadian pembunuhan tersebut. Mark David Chapman orang yang dituduh tidak juga menafikannya.

soalan pokoknya adalah kenapa? kenapa Chapman yang mengaku menjadi peminat lennon sejak 15 tahun lamanya tergamak membunuh beliau. khabarnya chapman begitu tergoda dengan cara hidup lennon. dia kerap kali menyanyikan lagu-lagu Beatles dengan gitarnya. lencana nama lennon dan yoko ono juga menjadi koleksinya.

selepas berhenti kerja sebagai jaga di Hono Kondominium, dia cuba mendapatkan lesen pistoldari balai polis Honolulu.dia mendapat latihan menembak selaku seorang jaga di sekolah teknikal dimana beliau lulus dengan markah 88 berbandingstatus lulus menembak 60 markah.

oleh kerana tiada rekod jenayah, permohonannya diluluskan. dia kemudiannya membeli sepucuk pistol jenis arms .38 special. dia pulang ke atlanta untuk menemui bapa dan kekasihnya tetapi tidak menduga selepas kecewa tidak bertemu, akhirnya dia muncul di New York....


bersambung....

1 comment:

Anonymous said...

sungguh menarik kisahnyer...
x sabar nak dengar yang seterusnyer...