Pages

January 21, 2010

gender

lelaki = raja
perempuan = hamba

lelaki = suka
perempuan = duka

lelaki = marah
perempuan = resah

lelaki = ketawa
perempuan = hiba

lelaki = rayu
perempuan = layu

lelaki = pujuk
perempuan = tunduk

lelaki = pusing
perempuan = runsing

lelaki = dajal
perempuan = sundal

lelaki = puas
perempuan = hampas

lelaki = tamat
perempuan = merana sepanjang hayat…

January 18, 2010

kau dan aku sama
cuma mimpi bezanya

January 10, 2010

poseur

apabila kami memeperkatakan tentang ITU
lantas kau berkata

oh ITU...
ITU aku tahu
sudah tahu lama dahulu
lebih tahu dari kamu
sudah kuhafal semuanya
semuanya sudah dikepala
kamu tanya apa saja
akan kujawab dengan sempurna
tanya apa saja padaku
kerana aku lebih tahu
lebih tahu dari kamu
tentang ITU

dan dalam hati aku berkata
katamu dusta belaka...

January 7, 2010

rasalah

Pak Menteri
silalah kerumahku
ibuku sedang menunggu
untuk hidangkan kamu
secawan teh tanpa gula
sepotong kueh tanpa rasa
pasti memikat selera

January 6, 2010

guane gu...

tempat orang molek doh
tempat kite tak bruboh
pasoraye ade universiti ade
tempat kite takdok bende
kite nok rase gok pembangunan
dok kang sokmo nok tengok tempat orang
bunyi cakap sedap sangat
bende ning nok wat, bende ning nok wat
manenye hok duk royak dulu
tok napok bende satu
mentang-mentang la kaloh
die wat tok kesoh
bakpe pa jadi gitu
do'oh lalu....


m***r maju dueribulimebelah
kah..kah..kah...

Thank You Girl (part II)

sambungan....

Setiba di NY, dia menginap di Hotel YMCA, block 9 dakota iaitu bangunan biasa Lennon dan kebanyakan artis popular. tiada siapa pedulikannya kerana memang disitu ramai peminat yang ingin menemui artis pujaan masing-masing.

Pada suatu petang, Chapman dengan seorang jurugambar juga peminat Lennon berkesempatan bertemu dengan Lennon dan Yoko Ono. Peluang ini digunakan Chapman untuk mendapatkan autograf Lennon bersama album terbarunya ketika iti 'Double Fantasy'. detik bersejarah itu sempat dirakamkan oleh jurugambar tersebut.

Chapman tidak terus balik. tepat jam 10.50 malam, setibanya Yoko dan Lennon di depan rumahnya, Chapman telah bersedia menunggu dengan melepaskan empat das tembakan. dengan tersebarnya berita itu, seluruh dunia terkejut dan stesen radio di AS telah menghentikan siarannya selain memainkan lagu-lagu dendangan Lennon dan The Beatles. malah radio Britain dan Moscow juga melakukan tindakan serupa.

Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman 'second degree' kepada Chapman serta menjalani ujian 30 hari rawatan jiwa secara intensif. Keseluruhan generasi belia Liverpool tempat lahir Lennon meniru 100% hala cara dan gaya Lennon. Tetapi ada juga yang berfikir bahawa Lennon melahirkan generasi yang tidak jujur, kecewa dan resah gelisah seperti mana lagunya 'Happiness is a warm gun' dan 'Thank you girl'. Lennon seperti menempah akhir hayatnya sendiri dengan karya berhantu!

klise ii

bila uang segala-segalanya
kasih sayang sering dilupa

January 5, 2010

klise

bersenang senang dengan nafsu
hingga lupa tuhan yang satu
muda mudi memang begitu

January 3, 2010

Thank You Girl

benarkah Chapman yang bertanggungjawab membunuh Lennon?
soalan ini nampak tidak munasabah kerana terdapat beberapa saksi yang melihat kejadian pembunuhan tersebut. Mark David Chapman orang yang dituduh tidak juga menafikannya.

soalan pokoknya adalah kenapa? kenapa Chapman yang mengaku menjadi peminat lennon sejak 15 tahun lamanya tergamak membunuh beliau. khabarnya chapman begitu tergoda dengan cara hidup lennon. dia kerap kali menyanyikan lagu-lagu Beatles dengan gitarnya. lencana nama lennon dan yoko ono juga menjadi koleksinya.

selepas berhenti kerja sebagai jaga di Hono Kondominium, dia cuba mendapatkan lesen pistoldari balai polis Honolulu.dia mendapat latihan menembak selaku seorang jaga di sekolah teknikal dimana beliau lulus dengan markah 88 berbandingstatus lulus menembak 60 markah.

oleh kerana tiada rekod jenayah, permohonannya diluluskan. dia kemudiannya membeli sepucuk pistol jenis arms .38 special. dia pulang ke atlanta untuk menemui bapa dan kekasihnya tetapi tidak menduga selepas kecewa tidak bertemu, akhirnya dia muncul di New York....


bersambung....

January 2, 2010

goodbye

salah satu lagu yang diproduce oleh Lennon dan McCartney



Please don't wake me until late tomorrow comes,
And I will not be late.
Late today when it becomes tomorrow.
I will leave to go away.
Goodbye, goodbye, goodbye, goodbye my love goodbye.
Songs that lingered on my lips excite me now
And linger on my mind.
Leave your flowers at my door
I'll leave them for the one who waits behind.
Far away my lover sings a lonely song
And calls me to his side.
When the song of lonely love
Invites me on I must go to his side.
Goodbye, goodbye, goodbye, goodbye my love goodbye.

January 1, 2010

happiness is a warm gun


andai aku hidup sezaman dengan beatles, aku juga akan melakukan apa yang chapman lakukan. biar namaku sentiasa dikaitkan dengan lennon sepanjang zaman...