Pages

March 26, 2009

terup

daun terup..


dicipta bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan...
hahahaha..

March 23, 2009

pergi selamanya

aku sering tergiang-ngiang lagu yang sering didendangkan oleh arwah nenek aku kebelakangan ini. nyanyian yg sering keluar dari mulutnya sewaktu aku masih kecil2 dulu. waktu aku sanggup tido dirumahnya semata-mata untuk mendapatkan upah. sewaktu aku selalu menemaninya ketika berkunjung kerumah saudara mara..

aku sedikit menyesal.. banyak sebenarnya.. semakin aku membesar, aku semakin menjauh darinya. tingkatan 1 hingga tingkatan 6 aku tinggal di asrama. kemudian sambung ke universiti. balik ke kampung pula, aku jarang menjenguknya.. walaupun rumah kami hanya beberapa langkah.. sekadar berbicara dari pintu ke pintu. bila dia ajak aku tidur dirumahnya, bermacam macam alasan yang aku bagi.

dan paling aku sesal, aku tak sempat menemuinya dihari dia pergi untuk selamanya. aku sebenarnya ingin pulang. die ade berpesan kepada adikku, kalau die pergi, tak perlu pulang pun takpe. sekadar membaca yasin dari jauh pun memeadai.. dan aku tunaikan ape yang die pesan.
tok.. amanlah tok disana... amin...

"cik bedah orang bertani,
gali tiang telaga dalam,
apa sudah duduk begini,
tido siang berjaga malam..."

bile...

masih hanyut..
masih dibuai gelombang..




menunggu karam..

March 5, 2009

aduh

dimana maruah terletak?
.
.
.
.
.
.
di dalam sekeping memory card

March 4, 2009

bas no.99, brader liew

kenapa segelintir melayu mudah sangat berpuas sangat berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan. bukan semua, segelintir. mudah rasa selesa dengan kedudukan yang tak seberapa. malas untuk terus maju kedepan.

aku bagi contoh. student melayu student chinese. kalau compare result antara melayu dengan chinese, ibarat langit ngan bumi. student melayu kalau dapat A ok, dapat B ok, dapat C pun ok lagi.tapi kalau student chinese, kalau tak dapat A, maunya meraung 2 3 hari. student melayu rilek je.. siap boleh main terup lagi. takpe, semester depan boleh cuba lagi.. last2, semester depan pun sama jugak. tulah aku cakap, mudah selesa dengan kedudukan yang tak seberapa.tapi tak la semua.. ni pandangan aku sebagai seorang student la..

lagi satu contoh. 2 buah syarikat bas sekolah di kuantan. bas no.99 ngan SAM. syarikat bas no.99 dimiliki oleh cina dan SAM dimiliki oleh melayu. syarikat bas no.99 ni bapak la banyak bas die.. kire besar la jugak. tapi owner die rilek je. naek kete wira je. rumah pun biase2 je. yang SAM ni plak, bas dah la tak seberapa, tapi owner die, perrgghh.. kete besar, motor besar, bini pun nak banyak je..

aku pun hairan.. camne la perkare2 camni wujud.. mengapa mentaliti berbeza. padahal, persekitaran sama, makanan sama.. kenapa melayu kurang kesedaran, kurang jatidiri. same2 la kite kaji...

sekian...